Korang yang minat muzik ni gerak tak Sunway Lagoon haritu? Covid-19 dah reda sikit ni memang seronok lah dapat keluar enjoy en. Tapi sambutan kali ni memang fuhh meriah habis, lagi-lagi kalau ada festival datangnya dari Good Vibes Weekender! Event ni dah berlangsung pada 23 & 24 September 2022 bertempat di Surf Beach @ Sunway Lagoon, dan disokong penuh oleh Tourism Malaysia dan Sunway Lagoon.
Artis-artis yang terlibat bukan bese-bese ye. Untuk hari pertama, artis yang telah memeriahkan Good Vibes Weekender antaranya ialah Alex Ungku, Claudia, Midnight Fusic, DOLLA, Surf Mesa, Snakehips, Oh Wonder, Joe Flizzow & SonaOne. Semua memang cenggini👍🏻👍🏻 gais, rasa macam tanak balik pun hadooo. Hah! korang kenal tak ‘the queen of kpop’ sorang ni? Tipulah tak kenal CL dari 2ne1, menangis member dengar CL datang Malaysia. Lagu lagu femes beliau turut dinyanyikan pada hari berkenaan termasuk “Dr. Pepper” & “The Baddest Female”, memang meroyan ler sesiapa yang tak pergi ritu.
Persembahan untuk hari kedua telah dihangatkan lagi oleh artis-artis seperti Liesl-Mae, The Peachskins, Late Night Frequency, Leaism, NYK, Yonnyboii, Shallou, Beabadoobee, PinkSweat$. Weh, mana nak dapat tengok barisan artis-artis hebat ni buat persembahan dalam event yang sama. Atas stage yang sama. Panas tak panas korang?! Bertambah panas lagi dengan kemunculan artis kpop Jackson Wang yang digilai ramai untuk persembahan akhir. Adeh, tolong lah buat festival havoc macam ni lagi ye geng geng Good Vibes Weekender. Respect ah!
Kalau korang nak tahu lebih untuk upcoming festival yang bakal diadakan, boleh terus ke www.goodvibesfestival.com. Pape roger je dorang okeh.