Kos Umrah Meningkat Drastik Lebih 400%, Pakej Ekonomi Mampu Capai Hingga RM10,000

0 Comments

Ketika ekonomi dunia dikatakan berada di ambang kegawatan, kos sara hidup menjadi semakin meningkat. Tidak terkecuali pakej umrah.

Kos yang meningkat secara drastik sehingga lebih 400% menjadikan kos untuk menunaikan ibadah ini menjadi lebih mahal. Melihat pada satu rajah yang disediakan media Sinar Harian, pakej ekonomi semasa cuti sekolah boleh meningkat RM8,880 dan VIP melebihi RM22,500!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Ghazali, peningkatan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu kenaikan kos penerbangan dan kos penginapan hotel.

Kos penerbangan termasuklah kos untuk pemeriksaan besar semula pesawat selepas lama tidak digunakan disebabkan pandemik COVID-19, selain daripada kos harga minyak mentah yang semakin meningkat dan kos melatih semula kru penerbangan selepas lama tidak berkhidmat.

Manakala, kos penginapan dikatakan kerana kerja pembersihan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan selepas banyak hotel yang terpaksa berhenti beroperasi disebabkan pandemik COVID-19, selain daripada kos memanggil semula pekerja hotel di Mekah dan Madinah yang sudah pulang ke negara asal masing-masing disebabkan pandemik.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.