Modal RM100 Je, Mana Lagi Tempat Menarik Yang Tak ‘Bergantung’ Dengan Duit Asal Anak Happy? Ini Jawapan Netizen
Bila tiba musim cuti sekolah atau hujung minggu, sebagai mak ayah teringin nak bawa anak-anak pergi bercuti. Tapi kadang-kadang kos hidup yang semakin meningkat menyebabkan mak ayah terasa ralat sebab tak dapat bawa anak-anak bercuti.
Modal ada RM100 je, mana yang kita boleh bawa anak-anak tanpa ‘bergantung’ dengan duit asalkan anak-anak happy?
Jom kita tengok tempat apa yang dikongsikan netizen:
1. Pusat Sains Negara: PERCUMA
2. Ladang Farm Fresh @ UPM, Serdang: Kanak-kanak RM10, Dewasa RM15
3. Pool awam, Selayang: Kanak-kanak RM2
4. Petrosains: Kanak-kanak – RM7.50, Dewasa – RM16.50
5. Taman Layang-Layang, Taman Tasik Titiwangsa: PERCUMA
6. Kandang Kambing Yang Aneh, Gombak: PERCUMA
7. Taman Botani Perdana, KL: PERCUMA
8. Galeri Bank Negara: PERCUMA
9. Rubinga Heritage, Gombak: PERCUMA
10. Taman Saujana Putrajaya: PERCUMA
Banyak lagi tempat menarik yang dikongsikan. Korang boleh tengok dekat bahagian komen dalam posting Hydra Genesis via B40 Buat Perangai Apa Harini.
Jadi lepas ni bolehlah bawa anak-anak bercuti dan berseronok tanpa perlukan bajet yang besar kan? Asalkan anak-anak happy.
Tags: aktiviti menarik, cuti sekolah, raja cuti