Uniform Baru Kru Kabin British Airways Tampil Lebih Sopan & Labuh

0 Comments

Bila bercakap tentang pakaian pramugari, rata-rata daripada kita terus terbayang yang ada sesetengah daripada syarikat yang memperagakan pakaian seragam mengikut bentuk badan dengan pelbagai warna dan corak.

Tapi buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun, British Airways telah memperkenalkan pakaian seragam baharu mereka. Menariknya, pakaian yang diperkenalkan kali ini lebih sopan dan labuh!

Daripada hanya suit dan skirt, kini kru British Airways dibenarkan memakai dress atau jumpsuit, malah pramugari tersebut boleh memilih untuk memakai kemeja labuh dan tudung.

Ianya adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng yang tertangguh selama 2 tahun kerana wabak koronavirus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.