Pencipta terkenal Korea Kim Sunok mempersembahkan karya baharunya, Pandora: Beneath the Paradise yang bakal tiba di Disney+ Hotstar! Pastinya ramai dah menunggu drama hangat ini untuk dilayan selepas balik kerja ye dak?
Sedikit sinopsis untuk korang semua. Hong Taera hidup dalam keadaan yang sempurna dan menjadi idaman ramai. Berkahwin dengan pemaju yang berjaya dan memiliki seorang anak perempuan yang penyayang di sisinya, segalanya berjalan lancar untuknya – sampailah dia ingin mengingati bagaimana dia sampai ke tahap ini. Cubaan mengingati masa lampau itu gagal, kemudian Taera mendapat mimpi buruk apabila ingatan hilangnya mula muncul dan dia menyedari bahawa dia hanyalah sebuah boneka dalam permainan yang rumit. Untuk mengambil kembali kuasanya, melindungi keluarganya, dan membalas dendam kepada mereka yang melakukannya, Taera akan melepaskan gaun malamnya yang elegan dan bunga yang wangi untuk jaket kulit berlumuran darah dan revolver kaliber 28 dalam Pandora: Beneath the Paradise.
Dibintangi oleh E Jiah (The Penthouse: War in Life, My Mister) sebagai Hong Taera, seorang wanita yang kehidupan sempurnanya hancur apabila kenangan dari masa lalunya muncul semula; Lee Sangyun (One the Woman, VIP) sebagai Pyo Jaehyun, suami Taera dan pengerusi Hatch; Jang Heejin (Flower of Evil, The Red Sleeve) sebagai Ko Haesoo, penyampai berita teratas YBC; Park Kiwoong (Secretly Greatly, Bridal Mask) sebagai Jang Dojin, anak kedua keluarga Kumjo; dan Bong Taegyu (The Penthouse: War in Life, Return) sebagai Koo Sungchan, pengarah pusat penyelidikan Hatch; Pandora: Beneath the Paradise dicipta oleh Kim Sunok, dalang di sebalik siri hit The Penthouse: War in Life dan Return, dan diarahkan oleh Choi Younghoon (One the Woman, Good Casting).
Diproduksi oleh Studio Dragon, sebuah kuasa besar produksi CJ ENM, Pandora: Beneath the Paradise akan mula ditayangkan pada 11 Mac di Disney+ Hotstar dengan episod baru yang dikeluarkan setiap Sabtu dan Ahad. Jangan lupa tonton!