Percutian Si Pencinta Alam Semulajadi: Lambaian Warna Musim Luruh Di Istanbul.

0 Comments

Menjadi satu kebiasaan untuk rancang percutian ke destinasi antarabangsa sekitar musim panas atau musim bunga, tetapi bagi beberapa destinasi pelancongan di Istanbul, musim luruh adalah masa yang paling sesuai utk dilawati. Selain dari kaya dengan kesan peninggalan sejarah, budaya yang berwarna warni & makanan yang lazat, Istanbul juga mempunyai keunikan destinasi musim luruh dengan pemandangan menakjubkan terutamanya buat pencinta alam semulajadi yang sukakan aktiviti trekking.

Untuk sesiapa yang ingin menikmati percutian unik, ini adalah 5 destinasi musim luruh paling menarik di Istanbul dan sekitarnya.

Belgrad Forest

Dengan keluasan 5,300 hektar, Belgrad Forest merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati alam semula jadi dan aktiviti luar di İstanbul. Laluan sepanjang 6 kilometer ini bermula di pintu masuk taman dan sepanjang melaluinya anda akan dijamu dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dan keajaiban seni bina İstanbul purba. Selain berkelah, berkhemah, anda juga boleh memilih untuk menikmati warna hangat musim luruh dengan berbasikal. 

İstanbul Belgrad Forest

Polonezköy

Jaraknya yang tidak terlalu jauh dengan bandar Istanbul menjadikan Polonezköy antara destinasi percutian popular bagi pencinta alam. Dengan kawasan perkelahan dan perkhemahan, denai mendaki hutan, dengan keluasan lebih 3,000 hektar, Polonezköy juga menempatkan taman alam dengan fauna  seperti rusa merah, kijang, tupai, ayam hutan dan burung murai menanti pengunjung. Daerah Şile, Sarıyer dan Arnavutköy, yang terletak di utara İstanbul, juga menempatkan hutan kecil yang boleh anda terokai dengan mendaki. 

Istanbul Belgrad Forest

Ballıkayalar Nature Park

Hanya 1.5 jam pemanduan dari İstanbul, destinasi seterusnya adalah Ballıkayalar Nature Park. Taman yang telah diisytiharkan sebagai ‘Nature Park and Natural Protected Area’, ini sesuai untuk aktiviti pendakian yang mudah tetapi mencabar. Ia juga dikenali sebagai syurga sebenar untuk aktiviti luar! Terletak di barat Kocaeli, anda boleh melihat haiwan hutan seperti tawny crow, mole, nightingale, kijang, dan tupai di habitat mereka. Selain trekking, anda boleh menyertai aktiviti perkhemahan, panjat tebing dan ngarai. Ballıkayalar Nature Park, yang menawarkan teres pemerhatian pengunjung di lembah, tasik, air terjun dan anak sungai, merupakan salah satu lokasi wajib dikunjungi untuk pengalaman alam semula jadi yang pelbagai.

Kocaeli Ballıkayalar Canyon

 Uçmakdere

Uçmakdere, sebuah perkampungan lama di daerah Şarköy Tekirdağ, juga merupakan satu lagi alternatif untuk pencinta alam semula jadi. Selain menjadi salah satu kawasan trekking berhampiran İstanbul, bandar ini juga menyediakan peluang paragliding dan perkhemahan yang menyeronokkan.

 Tekirdağ Uçmakdere

Erikli Plateau

Dataran Tinggi Erikli atau Erikli Plateau adalah keajaiban semula jadi yang terletak di daerah Çınarcık di Yalova dan kira-kira 1.5 jam dengan kereta dari İstanbul. Di sini, anda boleh menikmati keindahan alam dan berjalan di bawah bayang-bayang pokok berangan, elm, epal, cemara dan linden. Ia menawarkan ‘unforgettable escape’ dalam pelukan alam semula jadi yang tenang. Laluan mendaki Dataran Tinggi Erikli juga akan membawa anda ke kawasan air terjun di mana anda boleh menikmati pemandangan indah Çifte Waterfall, Dipsiz Lake, Delmece Plateau dan Erikli Waterfall. Sambil mendaki anda juga berpeluang  menyejukkan diri di tasik kecil yang terbentuk oleh air terjun.

Yalova Erikli Waterfall

Apa tunggu lagi, rancanglah perjalanan musim luruh anda ke Istanbul dan nikmati keindahan alam yang tiada tandingannya. Hoş geldin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.