Tutti Fruitti Kembali, Ini Senarai Lokasi Yang Boleh Korang Dapatkan Froyo Lejen Di Malaysia

0 Comments

Sebelum adanya froyo topping yang sekarang, korang tahu tak ada satu jenama froyo lejen yang pernah popular suatu ketika dulu?

Lejennya masa tu, harga froyo ditentukan oleh berat dan korang boleh ambil berapa banyak korang nak sesuai dengan bajet.

Sekian lama menghilang, Tutti Frutti akhirnya buat comeback di beberapa lokasi di Malaysia. 

Hadir bukan lagi dengan konsep timbangan, kali ini mereka tawarkan harga mengikut saiz dan bilangan topping yang nak.

Kredit imej: Instagram @tuttifruttimalaysia

Tutti Frutti sentiasa ada dalam hati min sebab sanggup tu ikat perut semata-mata nak makan. Topping dia pun memang sangat menarik dan banyak gila pilihan!

Tapi sekarang ni bukan setakat froyo, ada juga pastry, kopi dan smoothies yang diperbuat daripada 100% buah organik!

Lagilah plus point nak datang kan? Kalau korang nak nikmati froyo lejen ni, bolehlah ke lokasi terkini di Malaysia:

  1. Tutti Frutti @ Fahrenheit88, Bukit Bintang
  2. Tutti Frutti @ Bukit Damansara

Maklumat lanjut boleh ke Instagram: @tuttifruttimalaysia

Kredit imej utama: Instagram @tuttifruttimalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.