Ini Mungkin Kafe Pertama Yang Boleh Korang Dine-In Dengan Alpaca Comel Di Malaysia

0 Comments

Kafe kucing dan anjing mungkin pet cafe yang biasa korang dengar dekat Malaysia. Tapi macam mana pulak dengan alpaca?

Haa, terkejut tak kalau min kata yang dekat Malaysia ni ada pet cafe yang boleh bagi korang pengalaman membelai alpaca?

Baru-baru ini, menerusi laman Facebook Furrito Haus mereka mengumumkan akan membuka sebuah kafe baru cawangan di Taman Equine, Seri Kembangan. Selain daripada alpaca bernama Snowy, kafe ini juga ada haiwan lain macam landak dan sugar glider!

Lain daripada lain kan? Memang boleh tengok alpaca secara real depan mata. Siap boleh belai lagi Si Snowy ni.

Btw, kafe ini boleh benarkan untuk korang bawa ‘furkid’ juga sebab selain makanan manusia, ada juga disediakan makanan untuk si bulus comel.

Lokasi: 27, Jalan Equine 10, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan

Operasi: Setiap hari (11am – 10pm)

Leave a Reply

Your email address will not be published.