Promo Gila-Gila Sempena Merdeka, Tiket Serendah RM6 Ke Menara KL Bermula Ogos Ini!

0 Comments

Menjelang bulan Ogos, pastinya kita menantikan diskaun-diskaun menarik yang ada disebabkan bulan ini merupakan bulan istimewa buat negara kita.

Kalau korang tengah cari aktiviti menarik untuk bulan Ogos ini, apa kata korang masukkan sekali Menara KL sebagai destinasi wajib kunjung di Klang Valley?

Sebab bermula Ogos ini, pihak Menara Kuala Lumpur ada berikan tawaran istimewa untuk semua pelancong yang hadir dengan harga tiket serendah RM6!Pergh, 66% diskaun tu beb bersempena dengan Merdeka Madness Promo!

Bayangkan dengan pakej Sky Deck + Sky Box + Observation Deck, pemegang MyKad hanya perlu bayar RM35 daripada harga asalnya iaitu RM101, manakala untuk pemegang MyKid, harga untuk pakej ini cuma RM20 je. 

Sangat-sangat berbaloi kan?

Jadi jangan lupa beli tiket korang sekarang. 

Facebook: Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) 

Leave a Reply

Your email address will not be published.