Kalau tengok orang bergusti tu biasa-biasa je kan. Pernah tak dengar unta bergusti? Haa. Jangan terkejut, sebab unta bergusti ni acara yang telah lama dianjurkan di Turki.
Macam pelik, tetapi tahukah anda bahawa setiap awal tahun masyarkat Turki akan menyambut festival Gusti Unta yang sudah pun menjadi tradisi di negara itu.
Sumber: Go Turkey Tourism
Kat mana mereka buat festival Gusti Unta ni? Takdela dekat tengah bandar macam di Istanbul tu sis. Pelik pula ya. Kat Istanbul nak jumpa unta pun susah.
Antara bandar yang masih mengadakan acara itu di Aydin, Izmir, Mugla, Denizli dan Manisa di rantau Aegean.
Ia juga masih diadakan di Balikesir dan Canakkale di rantau Marmara, Antalya, Burdur dan Isparta. Jadi kalau nak menonton Gusti Unta make sure semak balik list lokasi ni tau!
Sumber: Global Village Space
Cukup famous di barat Turki dan perayaan itu dipercayai telah bermula kira-kira 2,400 tahun lalu dalam kalangan penduduk normad Turki.
Pertarungan unta berasal daripada puak-puak nomad yang bergantung kepada unta untuk kehidupan mereka.
Unta jantan akan bersaing dengan yang lain bagi mendapatkan perhatian unta betina, sebahagian daripada sifat binatang unta sendiri, terutamanya semasa musim panas.
Sumber: Unsplash
Untung jadi unta betina kan? Siap ada yang bergusti demi merebut hati si dia. Shoooo shuwiiit.
Lagi satu info penting, kebiasaannya Gusti Unta akan dianjurkan pada musim sejuk, bermula Disember sehingga Mac. Jangan korang datang Jun dan tanya orang sana mana Gusti Unta pula!
Nanti kang, korang pula yang kena bergusti.
Mesti korang tertanya kan, tak bahaya ke Gusti Unta ni? Actually, diorang ni considerate la juga.
Mengambil kira aspek kepupusan spesis unta, penganjuran gusti ini boleh dikatakan berbahaya justeru pengaturan terkawal telah ditetapkan sewaktu pertandingan gusti unta di Turki membolehkan proses semula jadi unta itu dalam keadaan selamat.
Sumber: Daily Sabah
Maknanya, apa yang mereka lakukan ni, demi kebaikan unta-unta di sana juga. So korang, lepas baca artikel ni, rasa nak tengok tak Gusti Unta? Mereka yang nak fly ke Turki soon, boleh la consider to put this event dalam itinerary uolls.
Sumber: Travel & Culture
#RCLocalSecret