Malaysia Choco Fest Pertama di The Curve Dari 25 – 28 Jun 2026

0 Comments

Kalau anda peminat coklat atau sedang mencari aktiviti hujung minggu bersama keluarga, the Curve kini menganjurkan Malaysia Choco Fest buat julung kalinya yang berlangsung dari 25 hingga 28 Jun 2026 di Centre Court.

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM), Cadbury Dairy Milk Malaysia dan Tourism Selangor yang membawa pengunjung menyelami kisah di sebalik industri koko tempatan menerusi pengalaman yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Sepanjang empat hari penganjuran, Centre Court the Curve akan bertukar menjadi Choco Pavilion  iaitu sebuah ruang khas yang menghimpunkan pelbagai aktiviti bertemakan coklat. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat sendiri perjalanan koko daripada biji sehingga menjadi coklat, malah turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat warisan dan kepentingan industri koko di Malaysia.



Menariknya lagi, sepanjang festival berlangsung sebanyak 100 beg cenderahati eksklusif akan diberikan setiap hari kepada pembeli yang berdaftar. Secara tidak langsung menjadikan setiap kunjungan lebih istimewa dengan pelbagai kejutan yang menarik.

Melalui Malaysia Choco Fest, the Curve berharap dapat membawa pengalaman yang lebih bermakna kepada pengunjung dengan menggabungkan elemen pembelajaran, hiburan dan penghargaan terhadap warisan koko tempatan dalam satu acara yang sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.