5 Lokasi Menarik Di Medan Jadikan Anda Bagaikan Supermodel

0 Comments

Mengambil keputusan last minit untuk travel ke MEDAN, INDONESIA bersama saudaranya (pasangan sudah berkahwin), ternyata tidak mengecewakan. Gadis ini yang lebih dikenali sebagai Ayin Yusof seorang yang gemar berjalan dan terbuka untuk mencuba sesuatu baharu.

Kebetulan tiket flight tengah murah, Ayin dan dua saudaranya terus grab dan merancang perjalanan ke sana. Memandangkan hanya 4 HARI 3 MALAM, mereka menyusun itinerary dengan teliti supaya setiap saat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Berikut adalah lima tempat wajib pergi untuk dapatkan gambar yang hebat menurut perkongsian di Instagram:

  1. Gunung Sibayak

Gunung Sibayak merupakan gunung berapi dan meletus terakhir tahun 1881. Memakan masa dua jam untuk naik ke puncak Gunung Sibayak bagi mendapatkan gambar seperti ini.

  • Bukit Indah Simarjarunjung

Pemandangan Danau Toba memang luar biasa. Ia merupakan danau terbesar di Indonesia yang menyimpan daya tarikan memikat.  Jika anda ingin melihat pemandangan Danau Toba dari paras yang tinggi, maka Bukit Indah Simarjarunjung adalah tempat ideal yang harus dikunjungi. 

Malah di sini, mempunyai banyak spot untuk bergambar seperti pine tree, buaian extreme dan sangkar burung. 

  • Samosir Island

Sepanjang perjalanan di Samosir Island, ada banyak lokasi bergambar termasuk Sigulati Samosir.

  • Bukit Holbung 

Ia turut dikenali sebagai Bukit Teletubbies dek kecomelan permandangan bukit itu.

  • Kolam Abadi

Sesuai buat gadis ini yang suka aktiviti mencabar. Kolam Abadi antara lokasi wajib pergi jika ke Medan.

Nak masuk kawasan Kolam Abadi ini, anda kena mengambil perkhidmatan Ranger Hutan bagi menjadi guide sewaktu di sana. Caj akan dikenakan bergantung berapa ramai ke sana.

Nama sahaja kolam. Tetapi ia adalah sungai. Untuk sampai ke Kolam Abadi, kene trekking 15min sampai. Lepastu body rafting 1 jam 30 minit untuk menyusuri sungai..

Kemudian ada spot untuk Ciff Jumping.

Jadi apa lagi, anda yang akan ke Medan, sila listkan senarai tempat ini dalam itinerary anda.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.