Perkara yang korang perlu lakukan jika disengat ‘Portugese Man O War’

0 Comments

Ramai kini yang mula bimbang untuk mandi di pantai khususnya mereka yang berada di Pantai Terengganu mengenai serangan obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’.

Obor-obor ini biasanya mendiami lautan pasifik itu kali pertama ditemui hanyut dan terdampar di perairan pantai negeri Terengganu sejak awal tahun lalu.

Obor-obor ini disifatkan antara spesis berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan yang paling merisaukan boleh membawa maut. Fizikal obor-obor itu cantik kecil seakan plastik memang dikhuatiri akan menarik sesiapa sahaja untuk memegangnya khususnya kanak-kanak.

Bagaimana pula jika kita terkena sengatan obor-obor ini? Apa yang perlu korang lakukan? Hari ini Budak Kaca Mata ingin berkongsi tips dan info jika terkena sengatan obor-obor beracun dan tips ini merupakan perkongsian dari atuk I. Atuk I ni memang mahir bab laut. Korang terkena sengat ikan ke sengat obor-obor pasti dia ada cara untuk mencegah.

Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru. Ini bukan Dang yang bagi nama tapi budak lab bagi nama. Apa yang Dang tau setakat ini… Dang bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul2 kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).

Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)

Kesan sengatan

Portuguese man o’ war Physalia physalis

Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.

Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupun bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia yang mencecah jumlah 10,000 ke 50,000 orang setahun

Ini adalah apa yang anda perlu lakukan sekiranya terkena sengatan:

  • Basuh kawasan berkenaan dengan air laut
  • Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka
  • Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit

(Cuka dan air panas fungsinya ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus (cnidae/nematosis) yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.

Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka. Jadi, selepas rawatan awal ini silalah mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital yang berhampiran bagi memastikan sengat itu betul hilang daripada tubuh kita.

Artikel berkaitan
Wow, Air Asia nak ‘refund’ duit semula dek kerana Coronavirus
‘Airport jacket’, jimatkan ruang bagasi korang ketika melancong

Leave a Reply

Your email address will not be published.