Kali Pertama Travel Solo: Tips buat Newbies

0 Comments

Hai korang. Siapa kat sini sebenarnya teringin nak travel solo? Travel berseorangan takde ikut sesiapa and tanpa ambil any pakej apa-apa?

Mesti best kan, just pergi dekat mana kita nak, and tak terikat dengan sesiapa. Kita sendiri plan nak pergi mana, makan apa mengikut bajet kita sendiri.

Sumber: Her Packing List

Kadang-kadang travel dengan group of friends ramai-ramai ni, tak syiok sangat pun. Sorang suka aktiviti indoor, you pula prefer banyakkan aktiviti adventure outdoor.

So, cuba you try travel solo. Sebab, kalau you travel sendiri tanpa orang lain, you nak buat apa-apa takde siapa pun akan kacau.

Sumber: Pamelaslim

Sebenarnya, travel solo ni bagus sangat uolls. Boleh membina confidence dalam diri korang, menenangkan minda dan create memories yang korang takkan lupa.

Travel solo ni juga dalam masa sama membolehkan korang percaya kepada kebolehan dalam diri sendiri.

Sebab bila korang berada di tempat asing berseorangan, dekat siapa lagi korang kena percaya kan? Semestinya diri sendiri! I can do this!

Sumber: Thought Catalog

Tapi takut la pula. Mungkin perasaan takut merupakan penghalang utama dalam kalangan kebanyakan orang yang berminat nak try travel secara solo.

 Don’t worry, boleh je kalau you nak travel solo, tapi make sure you bersedia dari segi mental & fizikal.

Start dalam Malaysia dulu

Maybe boleh start dengan Ipoh dulu ke, atau yang duduk jauh tu, start dengan KL. Try to adapt berjalan solo compared with family & friends.

Bila dengan family, isu duit, transportation semua tu korang tak berapa ambil berat kan? Yelah, sebab kalau tak cukup duit boleh pinjam dekat parent & siblings.



So, better korang cuba travel somewhere dalam Malaysia berseorangan. Naik bas or train ke. Dari situ korang akan mula berfikir, berapa harga tiket, macam mana nak ke sana? Balik nanti macam mana?

Persoalan ni bagus actually! Ia membuatkan korang melakukan planning yang teratur.

Tapi, kalau rasa dah ready ke luar negara, no problem

Ok first korang pilih negara yang mesra pelancong. Jangan la baru nak travel solo terus ke rural pula. Pilih tempat yang senang akses dengan public transport.

Bangkok not bad juga taw. Jakarta too. Lagi-lagi now Jekerda dah ada tren uols. Satu lagi tempat basic boleh korang cuba, Singapore.

Sumber: Singapore Travellers

Dah penat pusing Singapore tu, jangan lupa try ais krim sandwich ni. Biasa je sebenarnya, tapi bila da smpai sana, kalau tak cuba, macam tak complete.

It’s OK to be nervous. But do it anyway

Logik je kalau tiba-tiba you rasa nervous then panic. Tapi cuba bawa bertenang seketika. Contohnya, kalau you tersesat sewaktu di Bangkok, jangan cemas, tanya je orang sekeliling.

Sumber: Lonely Planet

Kalau sorang tak nak jawab, ada ramai lagi dekat situ you boleh tanya. Masa ni nanti you akan jumpa pelbagai jenis manusia. Ada yang membantu, ada yang buat dek je. Bersabar ya.

Begitulah lumrah kehidupan.

Bersedia untuk berjumpa kawan baharu

Korang jangan risau. Bila dekat luar negara, korang akan jumpa ramai lagi solo traveler. Ada yang lebih muda and ada yang da banyak kali travel seorang. Nanti bolehla share pengalaman.

Yang penting korang jangan berat mulut sangat. Smile and say HELLO! Mungkin terjumpa masa minta tolong snap kan gambar ke, atau masa breakfast dekat hostel.

Lepastu jangan lupa add each other dekat Instagram. Haaa. Macam mana artikel ni? Memberi semangat untuk korang travel solo tak? You can do it!

#RCManual

Leave a Reply

Your email address will not be published.