“If traveling was free, you’d never see me again.” Oh, really!? Too bad sis, mana ada benda percuma dalam dunia ni. Bestnya kalau dapat travel ke luar negara. Dapat snap gambar rare dan cantik. Boleh tengok tarikan di tempat orang yang tiada di Malaysia.
Sesetengah orang berpendapat bahawa travel tu hanya untuk orang kaya dan berduit sahaja. Tetapi sebenarnya, semua orang mampu!
Anda pun boleh! Tak semestinya bila kaya je, baru boleh fly. Anda cuma perlu jadi lebih kreatif untuk simpan duit dan travel. Jangan la anda berharap dengan goyang kaki, duit dating dari langit pula. Macam tu, kucing pun boleh travel. Opss.
Ada tak antara anda yang belum pernah berkesempatan menaiki pesawat kapal terbang?
Jangan risau artikel ini akan memberi panduan bagaimana untuk menyimpan duit bagi memenuhi tabung travel anda.
- Simpan dahulu baru belanja
Kebanyakan mereka yang baharu bekerja sekarang ni, spend duit like a boss kan? Baru dapat gaji pertama, dah beli iPhone 11. Bukan kata tak boleh, Cuma, apa sahaja pendapatan seperti gaji, bonus dan sebagainya, cuba anda asingkan untuk simpanan terlebih dahulu.
Minimum 20% – 30% dari hasil pendapatan. 10% – 20 % daripadanya pula simpan untuk travel. Ini tidak termasuk kiraan simpanan EPF. Selebihnya lepas tolak hutang itu ini, barulah belanja. Sekiranya tiada keperluan untuk digunakan, tak salah pun kalau simpan 100%.
- Track your expenses
Adakah anda berbelanja sahaja mengikut kehendak. Sehingga takut nak check balance duit dekat bank? Keadaan ini sebenarnya yang buat anda pening kepala. Jalan penyelesaiannya mudah sahaja. Ambil sedikit masa lapang dan semak semua account anda untuk mengetahui keadaan sebenar kewangan anda.
Catat KESEMUA perbelanjaan anda. Berapa banyak yang anda belanjakan untuk makanan dalam tempoh seminggu? Barangan dapur, makan di luar, hiburan wayang, dates, tiket perlawanan bola sepak, buku sebagainya. Itu tak termasuk lagi rokok yang anda bakar setiap hari. Bagaimana pula dengan bills anda? Insurance, sewa, gym fees, parking, PTPTN, credit cards interest, shopping, online games, spotify, internet data dan sebagainya. Anda mungkin akan terkejut dengan perbelanjaan anda. Apatah lagi ke atas perkara tidak perlu.
Perkara-perkara kecil yang tidak penting kita belanjakan, bila ditambahkan semua perbelanjaan yang tidak perlu, jumlahnya sangat besar. Sebenarnya jumlah wang ini boleh disimpan di dalam tabung travel anda.
- Cari side income
Tak kira la buat online business ke, baking atau apa-apa yang boleh generate side income. Jadinya, kita takkan sentuh gaji bulanan. Jangan sebab nak kejar travel, sampai kan tanggungjawab lain terabai.
Cuba anda buat bisnes sampingan dan hasil dari bisnes tersebut selain untuk simpanan, boleh gunakan untuk travel. Lebih seronok travel dengan menggunakan punca rezeki yang lain kerana kita dapat merasa kepuasan setelah kepayahan.
- Jadi Personal Shopper
Beberapa bulan sebelum pergi travel, amik order dulu sekali dengan duit deposit 70%. Contohnya anda plan ke Bali, Indonesia, boleh consider untuk ambil order Beg Rotan. Beg ni ramai orang cari taw and dengar cerita murah dekat sana.
Buat list item-item yang boleh di pesan. Lagi bagus kalau korang setup satu account instagram, lebih mudah nak cari potential customer. Jangan sekali-kali terima order tanpa duit deposit melainkan korang memang kenal rapat dengan orang yang order tu.
- Simpan duit dalam currency USD / Euro / Pound
Kadang-kadang bila tengok account bank, macam banyak je kan duit. Tup-tup terguna untuk benda lain. Lebih selamat kalau kita tukar sikit-sikit ke mata wang yang lain. Mata wang USD antara yang kukuh sejak beberapa tahun ini.
At the end, ini semua bergantung kepada diri anda sendiri. Sejauh mana keinginan anda untuk travel. Disiplin diri untuk mencapai matlamat itu sangat penting. Percayalah, sekali anda sudah memulakan journey anda sebagai seorang traveller, pasti anda mahu lagi. Ia memberi satu kepuasan kepada diri anda. Selamat memenuhkan tabung travel anda!
#RCManual #SekaliSebulan #RajaCuti