5 Sukan Tempatan yang Berbahaya
Sukan merupakan cara terbaik untuk bersenam tetapi walaupun begitu setiap sukan masih tidak dapat menafikan terdapat risikonya sendiri.
Kebanyakan orang menjadikan sukan sebagai keseronokan dan kecemerlangan fizikal sehingga ada yang sanggup meletakkan diri mereka dalam keadaan berbahaya dan akan menyebabkan kecederaan.
Ada yang sanggup mendaki gunung, berlari menuruni bukit curam, memukul, menumbuk, menendang dan pelbagai lagi yang boleh mendatangkan risiko.
Senarai sukan di bawah antara lima sukan yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kecederaan yang serius malah mungkin ia akan membawa kematian jika berlaku kemalangan.
Bertinju
Sukan yang melibatkan seni mempertahankan diri seperti tinju ini terpaksa berhadapan dengan risiko fungsi otak semakin berkurang. Ia lebih berisiko kepada mereka yang mula bertinju di usia yang muda dan masih mempunyai kerjaya yang panjang.
Sehingga sukan ini pernah digelar sebagai ‘Pembunuh Senyap’ kerana mampu menyumbang kepada hilang konkusi. Impak disebabkan konkusi mungkin tidak menunjukkan kecederaan luaran seperti luka atau bengkak tetapi jika tidak ditangani dengan baik, ia mungkin menjejaskan karier seseorang atlet.
Dalam laporan Berita Harian, sukan tinju ini juga pernah digesa untuk diharamkan selepas kematian seorang peninju Australia akibat kecederaan dialaminya pada kejuaraan wilayah super-featherweight IBF pada 2015.
Braydon Smith meninggal dunia dua hari selepas kalah dalam pertarungan di kampung halamannya di Toowoomba, Queensland. Dia rebah selepas 90 minit pertandingan berakhir.
Menunggang Lembu (Bull Riding)
Rodeo merupakan sukan kompetitif yang lahir daripada amalan pekerjaan gembala lembu di Sepanyol, Mexico, Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan dan Australia.
Rodeo merupakan temasya kesukanan yang terdiri daripada acara-acara yang melibatkan kuda, lembu dan lain-lain haiwan ternakan yang direka untuk menguji kemahiran dan kepantasan para peserta koboi.
Menurut satu kajian, hampir 2,000 acara rodeo profesional antara 1981 dan 2005 mendapati bahawa separuh daripada semua kecederaan berlaku semasa menunggang terutamanya kecederaan lutut dan bahu yang paling kerap.
Kini redeo telah diharamkan di Amerika Syarikat, England dan Belanda serta negara-negara Eropah lain turut mengenakan sekatan terhadap amalan-amalan ini.
Ragbi
Sifat permainan ragbi itu tersendiri mengakibatkan kecederaan akan berlaku. Berlari boleh menyebabkan tendonitis di bahagian lutut, buku lali dan tulang kering serta sering berlaku radang pada bursa.
Walaupun kecederaan tidak serius, namun ia akan menganggu prestasi pemain dan jika dibiarkan akan menjejaskan keupayaan pemain.
Kecederaan yang lazim berlaku dalam sukan ini seperti koyak otot hamstring, kecederaan muka dan kepala, sendi terseliuh, patah tulang dan sendi terkeluar.
Pada 2016, media Amerika Syarikat pernah melaporkan mengenai kematian pemain ragbi remaja, Andre Jackson yang juga pelajar Sekolah Tinggi Euclid di Ohio, selepas dirempuh pada bahagian abdomennya dalam satu perlawanan.
Bola Sepak
Siapa sangka sukan paling popular di atas muka bumi ini mempunyai bahayanya sendiri dengan jumlah kecederaan yang tinggi. Sukan ini menjadi bahaya disebabkan pemain sendiri boleh mengalami kecederaan dan dicederakan oleh pemain lain.
Menurut kajian Eric Gizaa dan Lyle J. Michelib, pemain bola sepak lelaki dewasa mengalamai 10-35 kecederaan setiap 1,000 jam permainan dan kajian wanita dewasa pula mengalami 2-24 kecederaan bagi setiap 1,000 jam pemainan. Ia lebih kurang 226,000 kecederaan yang berlaku setiap tahun berpunca dari sukan ini.
Sejarah dalam bola sepak telah banyak membuktikan bahawa sukan memberikan kecederaan malah terdapat juga kes kematian dalam sukan ini.
Free Solo Climbing (Pendakian Solo)
Pendakian solo adalah satu bentuk pendakian di mana pemanjat akan melakukan sendiri dan tanpa menggunakan sebarang tali atau peralatan pelindung yang lain, ia bergantung sepenuhnya kepada keupayaan mereka.
Jika pendaki itu tersilap langkah, mereka bakal terjatuh dan akan menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Ramai pemanjat yang berprofil tinggi telah tewas dalam sukan ini sebagai contoh pada 12 Jun 2015, Andrew Barnes berusia 46 tahun meninggal dunia setelah jatuh dari ketinggian 50 kaku ketika melakukan pendakian solo di Pegunungan Shawangunk, New York.
#RajaCuti
#RCLocalSecret
#Sukan