Ini serius korang! Belalang padi menu utama masyarakat Kampung Padang Pak Mat

0 Comments

Makan belalang padi? Biar benar ni korang!!! Kembang jap tekak Dang bila dapat tahu. Bunyi kedengaran pelik namun binatang ini semakin digemari kerana mempunyai rasa yang enak.

Macam tak logik pula dek akan aku binatang ini sedap namun Dang teringat dengan pesan ayah Dang ‘Lain orang lain citarasa dia along’. So, mulalah Dang hadam untuk menerima maybe sedap sebab dia rangup rangup kot.

Dang cuba mendapatkan kepastian dari kawan Dang dan menurut kawasan Dang, belalang padi itu memang famous di kalangan penduduk Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan dan terdapat pasangan suami isteri yang menjual binatang itu kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk.

Kredit : Saji

Yang lebih Dang tak percaya, korang bayangkan, pasangan itu menjual belalang padi atau belalang perah itu hanya mengambil tempoh tidak sampai dua jam untuk menghabiskan jualan kerana permintaannya amat tinggi dan harganya boleh mencecah RM70 sekilo korang. Pehh, mahalnya..lepas beli ayam stock untuk seminggu di rumah.

Belalang ini kalau tak silap Dang mula dijual oleh pasangan berkenaan Muhammad Salleh dan Azizah Mat Jusoh sejak September tahun lalu selepas boleh didapati dengan kuantiti yang banyak di rumput menerung dan di kawasan sawah selepas waktu hujan.

Dang ceritakan sikit bagaimana cara mereka memproses belalang tersebut. Belalang ini menurut Muhammad Salleh, ia boleh ditanggkap menggunakan dua kaedah iaitu menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring yang diperbuat daripada guni.

Setelah ditangkap, belalang itu akan direndam dan digoreng seketika sehingga warna hijau belalang bertukar kemerah-merahan sebelum dijual. Sebelum dimasak, belalang ini masih perlu disiang dan dibersihkan sekali lagi.

Cara untuk siang belalang ini kita hanya perlu buang sayap dan kaki sahaja. Kemudian barulah belalang ini boleh dimasak mengikut cita rasa yang diingini sama ada dimasak rendang, kerutuk mahupun goreng garam kunyit. Ini menu favourite yang sering dimasak oleh mereka yang menggemarkan belalang sebagai makanan mereka.

Dang yang was-was mengenai perkara ini cuba bertanyakan dengan otai iaitu ayah dang namun bila dah mendengar penjelasan ayah baru dang faham rupanya belalang ini makanan kesukaan sejak zaman dahulu, namun sukar didapati dan bermusim.

Dulu-dulu belalang ini dijadikan makanan kerana sumber makanan tidak banyak seperti sekarang. Kini makanan eksotik seperti ini sukar diperoleh dan hanya dijual di sesetengah tempat sahaja. Jadi, jika sesiapa yang nak try, silakan korang sebab Dang memang takkan lah nak merasa belalang ini.

Elak dihidang atas meja mahu Dang terus cabut ke bilik air gara-gara muntah sebab geli tengok belalang dijadikan menu masakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.