Mana kesedaran sivik? Pergi travel ke Korea waktu Covid-19 tersebar luas

0 Comments

Cik Gaya ada terbaca satu posting daripada FB Ayman Rashdan Wong tentang orang Malaysia yang masih lagi mempunyai kesedaran yang kurang tentang penyebaran Koronavirus.

Sebab apa? Sebab tiket ke Korea masih fully booked! Omg..korang tak sedar lagi ke dengan tindakan korang yang pergi travel ni akan menyusahkan orang lain yang tak bersalah. Orang macam Cik Gaya ni lah akan menjadi mangsa pada kerakusan semua orang yang pentingkan diri!

Well Cik Gaya sangat marah dalam hal ni, sebab PM dan Menteri Kesihatan pun dah bagi peringatan dekat kita semua jangan pergi mana-mana, stop travel. But korang masih lagi join pesta yang beribu-ribu orang akan datang di Korea.

Nak stop penularan COVID-19, tiada cara selain “self-quarantine” dan “social distancing”. Nak faham macam mana virus ni merebak, bayangkan seorang yang baru balik dari Korea. Kena jangkit, tapi tak kuarantinkan diri, siap berjumpa dengan 3 orang kawan. Then 3 orang kawan ni masing-masing jumpa lagi 2-3 orang. Dari 1 orang jadi 4 orang, jadi 13, jadi 52, jadi 208, dan seterusnya.

Jadi hanya dengan duduk diam-diam, kurangkan bersosial, maintain jarak 1 atau 2 meter dengan orang, pakai mask, cuci tangan, baru penularan virus ni dapat diperlahankan.

Negara yang ada sistem healthcare terbaik pun, ada barisan kakitangan kesihatan yang paling berdedikasi pun, ada KPK yang paling profesional pun, kalau rakyat tak bekerjasama, tak ambil endah, tak guna juga.

Itali mula-mula macam tu juga. “Ala…150 kes jer” (24 Februari). Rileks. Santai. Aperitivo. La dolce vita. Orang pakai mask kena gelak. Then apa berlaku dalam masa dua minggu? 9172 kes. 463 mati (9 Mac). Hospital dah tak mampu nak tanggung jumlah pesakit, sampai pesakit dihantar balik ke rumah tunggu ajal.

Korea mula-mula dapat kawal. Teknologi kesihatan diorang canggih. Tapi disebabkan ada kumpulan pentaksub Shincheonji yang anggap diri manusia terpilih, kebal virus, ada simtom tapi tak nak pergi buat saringan, akhirnya satu Korea kena jangkit. Tapi keadaan kembali stabil sebab etika Confucius (Confucian ethics) yang ada pada masyarakat Korea.

Kalau perasan, kebanyakan negara-negara yang berjaya mengurangkan pertumbuhan kes COVID adalah negara masyarakat Confucian: Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura. Confucian ni nilai hidup masyarakat Timur yang berasal dari China. Tapi kat China sekarang dah tak ada Confucian sebab dah dihancurkan semasa Revolusi Budaya 1966-1976.

So Cik Gaya rasa degil juga orang China sampai kerajaan kena heret macam kambing baru nak merawat di hospital.

Etika Confucius atau Confucianism ni mengajar individu supaya mendahulukan masyarakat. Bertentangan dengan etika Barat yang melihat individu sebagai asas kepada masyarakat, mengajar orang kena jadi selfish, “jadi diri sendiri”.

Sebab tu rakyat-rakyat negara Asia Timur ni memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan untuk membanteras wabak. Bila kerajaan suruh diorang pakai mask, diorang pakai mask; suruh diorang kuarantin, diorang kuarantin; suruh diorang maintain social distance, orang tak mengada-ngada nak buat pesta nak travel nak itu ini lagi.

Kita pula masih boleh hidup rileks, santai, bahagia. Bergaya, bermutu, berkualiti. Tak ada sense of crisis walaupun satu per satu negara telah isytiharkan kecemasan. Kerajaan kita masih berprihatin lagi, masih memberi kebebasan, jadi pandai-pandailah guna kebebasan tu untuk melindungi diri. Jangan sampai keadaan jadi makin teruk, terpaksa “lockdown”, baru tau menyesal.

Cik Gaya betul-betul nak pesan dekat semua rakyat Malaysia, this is time to change for all.

Please.

Leave a Reply

Your email address will not be published.