Tutup bazar Ramadhan dan jualan hari raya : adakah Malaysia mengambil langkah sama dengan Singapura?

0 Comments

Alaa sedihnya, Cik Gaya ni setiap kali bulan Ramadhan mesti Cik Gaya tak missed pergi bazar, sebab Cik Gaya malaslah nak masak-masak. Penat lah, dah la bujang makan sorang-sorang, balik kerja Cik Gaya biasanya terus pergi bazar, rehat, solat Asar, lepak depan tv jap, lepas tu terus berbuka.

Kalau nak masak pun tunggu lah hari cuti, ada masa lapang, rehat betul baru lah masak. Tapi disebabkan covid-19 ni, Singapura dah keluarkan keputusan untuk tak boleh lagi buka bazar bagi mengelakkan penularan wabak berlaku.

Sebelum ini bagi mereka yang tinggal di selatan tanah air serta warga Singapura, mereka pasti akan pergi ke Bazar Ramadan Geylang Serai, tapi pada tahun ini bazar tersebut tidak akan dibuka.

Difahamkan, pengumuman yang dibuat pihak berkuasa di Singapura ini tidak hanya tertakluk buat bazar Ramadhan malah bazar melibatkan penjualan sempena Hari Raya seperti yang kerap dibuat setiap tahun juga bakal dibatalkan.

Beberapa lokasi yang bakal ditutup sempena musim ini adalah Wisma Geylang Serai, Tampines Hub dan Woodlands.

Meskipun mengetahui berita ini mungkin membuatkan segelintir warga Singapura kecewa begitu juga dengan para peniaga, langkah ini terpaksa dibuat dalam mengurangkan risiko penularan wabak coronavirus.

Adakah Malaysia akan mengambil langkah yang sama dengan Singapura untuk menutup semua bazar Ramadhan pada tahun ini?

sumber gambar : sassymamasg

Leave a Reply

Your email address will not be published.