Sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan ini, seminggu empat kali Budak Kaca Mata akan pergi berjogging or main futsal dengan kawan-kawan. I merasakan seperti kehilangan bila tidak melakukannya.
Walau demikian, perintah ini bukanlah bermakna ia menghalang aktiviti fizikal harian. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya berada di ruang tamu sendiri.
Lagipun kini pelbagai aplikasi senaman yang boleh dilakukan dirumah telah dibangunkan di samping you guys mampu mengetahui cara pemakanan betul supaya you guys semua masih dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.
I sendiri dah buat kajian aplikasi terbaik yang boleh membantu korang untuk kekal sihat di rumah. I pun dah start lakukan workout macam jogging setempat atau bagi korang yang baru-baru nak cuba buat badan. I pun ada aplikasi yang best untuk korang.
Maklumlah selalu buat aktiviti kardio je I ni tapi bila dah kena lockdown ini, its time for me to do new thing. Mana tahu lepas ni I boleh jadi abam-abam pergi gym. So, jom guys join I untuk kekal sihat.
Ini aplikasi terbaik yang you guys boleh download . So guys, selamat mencuba untuk kita semua kekal fitness.
1. TWEAK AND EAT
Semua sedia maklumkan bahawa 60% rahsia turun berat badan adalah kita perlu mengawal makan. Jadi gunakan aplikasi tweak and eat ini untuk mengambil gambar pinggan makan you guys. Kemudian you guys try dapatkan ‘tweak’ nasihat dari pakar nutrisi yang disahkan untuk menjaga pemakanan seharian.
Aplikasi yang sangat responsif dengan banyak ciri hebat ini telah dapat mengekalkan berat badan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang baik namun kelemahan aplikasi ini ia tidak dikira dalam bentuk gram. Ramai yang complain sebab dalam bentuk gram ini akan membantu individu dengan sasaran tertentu untuk mengira makro dalam setiap pemakanannya.
2. HOME WORKOUT
Bagi you guys yang inginkan badan yang sihat tanpa alat gim yang mahal dan boleh dilakukan di rumah je tau. Download apps Home Workout ini di mana ia mengandungi lebih daripada 100 latihan yang dapat membina otot dan mampu kekalkan fitness dengan latihan rutin aerobik, latihan litar dan gerakan untuk menjaga berat badan yang lain.
Dengan setiap latihan yang you guys buat, you guys dapat mengetahui berapa bilangan kalori yang telah dibakar. Yang menariknya, ia juga terdapat animasi panduan gerakan yang sangat mudah untuk diikuti.
3. CALORIE COUNTER
Of course you guys mahu menurunkan berat badan, mengekalkan kesihatan, atau ada yang nak memulakan diet baru sempena Covid-19 ini, aplikasi Calorie Counter adalah aplikasi yang terbaik kerana aplikasi ini akan memberi tahu anda jumlah kalori, lemak, dan protein yang ada dalam setiap bahan makanan.
Aplikasi pengira kalori adalah salah satu cara paling mudah untuk mengetahui kalori dari makanan dan minuman yang kita makan. Ini juga akan membantu you guys memiliki alat membantu amalkan diet yang seimbang.
Ini kerana ia turut menyenaraikan menu makanan yang perlu you guys ambil sepanjang hari. Selain itu, Calorie Counter ini mempunyai alat pencatat berat badan yang akan membuat anda mengetahui jumlah kenaikan atau penurunan berat badan anda selama ini.
4. YOGAIA
Buat you guys yang kaki Yoga ataupun bosan-bosan korang teringin belajar Yoga, mula berlatih teknik Yoga you guys dengan Yogaia yang merupakan aplikasi digital pertama yang menyediakan kelas secara langsung ke peranti you guys tau. Yang menariknya, you guys boleh berinteraksi secara langsung menerusi webcam jika terdapat sebarang kemusykilan.
5. FITNESS & BODYBUILDING
Fitness & Bodybuilding nampak simple saja appnya namun kalau you guys nak tahu ia telah mendapat lebih 10 juta muat turun di google play. Aplikasi ini membolehkan anda membuat program senaman anda sendiri yang sesuai dengan keperluan you guys.
Di samping itu, Fitness & Bodybuilding ada maklumat terperinci mengenai latihan untuk setiap otot, dengan penerangan dan video untuk kemudahan you guys. Pelan senamannya bukan saja untuk orang biasa, malah juga tersedia untuk bina badan dan powerlifting. Tak perlu lagi pengajar yang mahal!
Mudahnya menjadi seorang yang menjaga kesihatan pada musim perintah kawalan ini, bukan? You guys hanya perlu download sahaja aplikasi-aplikasi di Playstore atau Appstore untuk membantu you guys kekal fit dan sihat. Bila dah sihat nak buat aktiviti apa pun mesti tak terbatas.
I galakan korang lakukan senaman kerana keadaan kawalan pergerakan bukan alasan sebenarnya untuk you guys duduk diam di katil dan menonton TV selama 24 jam. Pergerakan badan yang terhad akan menjejaskan rutin pembakaran kalori harian lalu mengundang risiko kenaikan badan dan perasaan stress.
Atas sebab ini juga amatlah penting untuk kita bersama tingkatkan kecergasan. I berharap agar you guys sentiasa mengaktifkan diri sebaik yang mungkin serta mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya apabila menghabiskan masa di rumah.
Artikel berkaitan
Alahai… ‘Hand Sanitizer’ Hospital Pun Nak Rembat Ke!
Kaki travel boleh bincang dengan hotel untuk tuntut wang semula