Bosan di rumah? Jom Lawati Muzium Dan Galeri Terkemuka Secara Online

0 Comments

Selain negara kita Malaysia yang telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa negara telah pun memulakan perintah kawalan atuapun berkurung. Jadi, hari ini Dang Sari nak bawa korang berjalan-jalan tanpa korang perlu keluar rumah.

Sekiranya korang yang masih belum berpeluang untuk melawat muzium-muzium ini, inilah masa yang paling sesuai untuk lakukan ‘lawatan’.

Berikut adalah 5 muzium yang boleh dilawati secara maya:

1. Muzium British, London

Kredit :Dosfotos/Shutterstock
Kredit : Shutterstock

Lawatan maya di muzium ikonik di London ini akan membawa anda merentas masa dan sejarah seperti mumia Mesir dan ratusan artifak. Pehh bolehlah korang terasa macam dalam cerita The Mummy Return.

Siapa yang teringinkan suasana Mesir seperti dalam filem ini. Korang bolehlah mulakan lawatan melawat muzium ini. Menurut kata muzium ini, mereka menjanjikan pengalaman digital yang tiada tandingannya yang boleh dilawat melalui telefon pintar dan computer namun paling terbaik dan nak rasa real, korang gunakan VR.

2. Rijksmuseum, Amsterdam

Kredit : Arch Daily
Kredit : Arch Daily

Merupakan ‘rumah’ kepada koleksi Era Belanda, muzium ikonik ini yang menariknya menawarkan korang lawatan secara Google Street View. Bila korang pergi melawat di sini, ia akan membawa korang seolah-olah berjalan di dewan utama muzium.

Jom mulakan lawatan ke sini korang, boleh tengok koleksi Vermeer dan Rembrandt.

3. Muzium Guggenheim, New York

Kredit : Artmo
Kredit : Artmo

Sama seperti muzium di Amsterdam, Muzium Guggenheim juga menawarkan lawatan melalui streetview dan yang bestnya kalau korang menggunakan VR, korang boleh berjalan di tangga berpusing yang sangat popular di muzium ini.

Di sini juga mereka menempatkan pelbagai koleksi seni yang menarik dari pelbagai jenis latar masa termasuklah seni kontemporari dan moden.

4. National Gallery of Art, Washington D.C

Kredit : The National Gallery of Art
Kredit : The National Gallery of Art

Pada sesiapa yang teringin melawat National Gallery of Art, di sini mereka menawarkan dua pameran di Google dan yang pertama memaparkan pameran dunia fesyen Amerika dari tahun 1740 sehingga 1895. Buat peminat fesyen, Dang Sari galakan melawat tempat ini.

Manakala buat mereka yang gemarkan seni lukisan, Dang Sari sarankan korang ke galeri kedua kerana memaparkan hasil kerja dari Dutch Baroque dan Johannes Vermeer. Menarik bukan.

5. National Museum of Modern and Contemporary Art, Seoul

Kredit : Getty Images
Kredit : Marc Lee

Bagi korang yang telah pun membatalkan tiket ke Korea. Jangan bersedih. Untuk menghilangkan kekecewaan korang, jom kita melawat muzium ini. Rugi kalau korang tak cuba melawat sebab ianya sangat terkenal di Korea.

Yang menariknya di sini, VR Tour muzium ini akan membawa korang ke 6 lantai pameran muzium di sini dan korang akan dapat menyaksikan 6 tingkat itu yang dilengkapi dengan pelbagai seni Korea dan antarabangsa.

Artikel berkaitan
Alahai… ‘Hand Sanitizer’ Hospital Pun Nak Rembat Ke!
Akibat Degil! Polis ‘Jemput’ Ayah Anggota Tabligh Jalani Saringan Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published.