Bagi korang yang pernah ke Korea, pasti menjadi cabaran kepada setiap pengembara muslim. Baru-baru ini ada kawan Dang Sari baru balik dari Jeju, Korea yang berkongsi tempat makan yang menarik
Jadi hari ini, Dang Sari pula nak share dengan pembaca semua lima tempat makanan halal yang boleh korang cuba jika ke Jeju, Korea. Jangan risau, bak kata kawan Dang, dijamin halal punya!
1. Uribong Sikdang
Restorang Uribong Sikdang ni terletak berhampiran dengan tempat pelancongan Seongsan Illchubong. Ianya menawarkan menu makanan laut dan tidak menjual sebarang daging. Tempat ini memang popular dikalangan pelancong dari Malaysia & Indonesia.
Di sini juga ada disediakan ruangan solat untuk kemudahan pelancong muslim. Antara menu istimewa yang boleh dicuba di sini adalah Grilled Mackarel dan juga Seafood Hot Pot.
Hanya makanan laut dijual di sini. Tiada daging atau alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Restoran mempunyai sijil ‘Muslim Friendly’ yang dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization. Makan atas budi bicara sendiri.
2. Wardah Restaurant
Wardah Restaurant ini terletak di kawasan Jeju City. Ianya menyajikan makanan Arab terutamanya daripada Yemen. Ini adalah kerana para chef dan pekerja disini adalah dikalangan refugee daripada Yemen. Ruang restoran ini adalah agak kecil dan hanya boleh memuatkan lebih kurang 15-18 orang dalam satu masa. Antara menu yang sedap dekat sini adalah falafel, hummus dan chicken kabsa.
Semua barangan yang digunakan adalah halal. Restoran ini dimiliki oleh seorang warga Korea yang berkahwin dengan seorang chef muslim daripada Yemen dan kesemua pekerjanya adalah muslim.
3. Dasoni
Dasoni ni adalah salah satu restoran vegan yang ada di Jeju. Vegan maksudnya tak ada langsung daging ya, hanya berasaskan vegetarian. Lokasinya adalah tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.
Dekat sini korang boleh makan menu popular di Korea iaitu Bibimbap tetapi dalam versi sayuran sahaja.
Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.
4. 901 Cafe & Bergtel
901 Cafe ini adalah sebuah cafe vegan yang terletak berhampiran dengan Jeju Museum Of Art. Dekat sini semua makanan adalah berasaskan vegetarian. Antara yang kami cuba adalah set brunch yang Sandwich Mushroom serta blend jus avocado. Tempat ni juga ada kawasan rooftop di mana anda boleh lepak sambil melayan view Gunung Hallasan.
Restoran ini pun sama juga. Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan namun minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.
5. Badang Hwiguksu (Yongdam)
Makanan di sini adalah berasaskan makanan laut dan vegan. Korang boleh cuba menu special dekat sini iaitu Grilled Abalone serta Mee bersama ikan mentah (lupa nama sebenar dia). Abalone tu memang sedap, tetapi agak mahal. Tempat ini terletak di Jeju City berhampiran dengan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju
Ini adalah restoran makanan laut vegan. Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.
Jadi, macam gaiss! ada yang dah teruja ke tu… tapi jangan packing barang pula nak pergi hari ini, tunggu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat tau.
Artikel berkaitan
Rindunya! 10 Makanan Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori
Kedai Mie jamu mata pengunjung dengan Jalur Gemilang setiap hari