Untuk korang yang jiwa kacau, ini ‘ubat’ untuk korang…

0 Comments

Cik Gaya ada tempat menarik untuk korang pergi lepas PKP ni, lebih relax, santai dan sesuai untuk orang jiwa kacau, sinilah tempatnya! 

Ratu Rening Residency, Kg Hulu Rening, Batang Kali, Selangor menyediakan tempat khas untuk korang yang nakkan privasi, ini bukan resort atau homestay, tapi ia merupakan private estate so that’s why korang kena rasa untuk stay sini. 

Untuk menginap di sini perlu booking awal sebab kalau korang datang terus walk-in tidak dibenarkan masuk suka-suka. Boleh muat sehingga 10 orang dan dikatakan harga untuk satu malam adalah RM2500. Kira-kira RM250 untuk seorang. Kalau nak rasa percutian mewah yang menarik, dah boleh mula menabung kumpul duit bercuti di sini bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Seriously tempat ni sangat menarik. Sekali pandang dah buat jatuh hati nak bercuti di sini. Itupun kalau korang sejenis yang sukakan nature. Ada orang tak suka bercuti dalam suasana macam ni. Sesekali ambil angin segar alam semulajadi mesti rasa tenang sangat jauh dari hiruk pikuk suasana bandar yang bising. Kat sini dapatlah dengar bunyi-bunyian macam dalam hutan atau kampung gitu. Tentu seronok!

Buat pengetahuan korang, kat sini makanan tidak disediakan. Mungkin korang boleh menggunakan peralatan dapur yang ada untuk memasak dan menyediakan makanan. 

Suasana bilik tidur pun cantik. Dah rasa macam rumah sendiri pula. Cantiknya design dan warna memainkan peranan. Kalau bercuti berdua untuk honeymoon pun sangat-sangat best. Tapi nampak sunyi sangat memandangkan kawasan kediaman yang cukup luas ni. Kalau dah sampai sini, haruslah tak payah pergi tempat lain dah. Kena memanfaatkan masa sepenuhnya melakukan pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan di sini. 

Macam rugi kalau bayar mahal-mahal hanya untuk bermalam je. Lebih baik gunakan sepenuh masa di sini je. Betul tak? Tempat pun cantik, unik dan sangat-sangat menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.