Main piano tengah bendang

0 Comments

Bagi siapa yang suka dengan suasana panorama kampung tradisional Melayu, dikelilingi pagar buluh, deretan pohon kelapa dan rumah kayu lama, Homestay Kampung Agong yang terletak di Penaga, Pulau Pinang ini merupakan destinasi wajib untuk korang kunjungi! 

Dengan keluasan 15 hektar, Kampung Agong ini mampu membangkitkan nostalgia kehidupan kampung masyarakat Melayu, apatah lagi disediakan beberapa tarikan utama seperti sarang burung gergasi, buaian dan basikal lama untuk memberi peluang kepada pengunjung bergambar cantik berlatar belakangkan pemandangan hijau desa.

Tu baru sikit Cik Gaya cerita, dah menarik kan? 

Kampung Agong kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk merasai sendiri suasana kampung bersama keluarga tersayang.

Sedikit info untuk korang, Kampung Agong dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran tiket dikenakan sebanyak:

  • RM3 untuk kanak-kanak berumur empat hingga 11 tahun
  • RM5 kanak-kanak 12 tahun dan dewasa
  • RM10 warga asing
  • PERCUMA untuk bayi yang berusia bawah tiga tahun

Selain bergambar, pengunjung yang datang ke sini juga boleh melakukan pelbagai aktiviti kampung antaranya berbasikal, mengutip kelapa, memancing, bermain congkak dan belajar meraut pelepah kelapa untuk dibuat lidi serta menyewa pakaian tradisional untuk lebih menghayati suasana kampung di sini.

Yang bestnya, siap ada piano tengah bendang, so korang boleh acah-acah feeling bergambar dekat situ, sebab view dia sangat menarik, piano tu diletakkan di tengah bendang… wow! 

Selain sawah hijau yang luas terbentang, terdapat hampir 500 batang pokok kelapa yang boleh para pengunjung kait sendiri buahnya.

Jika kena dengan musim buah-buahan, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis pokok buah antaranya seperti buah bacang, cempedak, jambu air, pisang durian dan limau purut.

Jom guys masukkan tempat ni dalam list korang!  

Sumber : rileklah.com 
Kredit Foto: Twitter (@nxlysa, @Fazreeneen1, @BabaAlkassim & Afiqah Salleh) , @SyahmiJs77

Leave a Reply

Your email address will not be published.