Wow… kafe Coke khas untuk korang yg love OOTD!

0 Comments

Ramai suka minum Coke? So mungkin ini tempat yang korang boleh pergi untuk OOTD guys! 

Well mungkin ada yg memang dah tahu tempat ni and ada yg tak pernah tahu, so Cik Gaya nak share info sikit dengan korang. 

Terdapat sebuah kafe yang berkonsepkan minuman ini dibuka di Toppen Shopping Center, Johor Bahru. Lebih tepat, ia berada di dalam pawagam TGV. Pembukaan ini secara tak langsung dianggarkan dapat menarik lebih ramai lagi orang ke pusat beli belah terbaru di Johor ini.

Kalau korang berada di Toppen, kafe ini terletak di TGV. Pastinya uguys tidak akan terlepas kerana warna kafe ini yang sangat meriah selain ia mengetengahkan konsep rekaan restoran ala Amerika yang retro.

Pemilihan warna, semestinya menggunakan warna signature merah Coke dan rekaan dalamannya pasti membuatkan orang ramai akan menyukai kafe ini. Suka la korang yang memang love dengan OOTD. Kan? 

Dari segi menu, kafe ini pastinya menjual minuman Coke selain makanan ringan seperti popcorn, aiskrim dan coklat. Pengunjung kafe juga boleh mengecas telefon bimbit di tempat yang memang disediakan untuk pengecasan telefon selain disediakan wifi secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published.