Itali rancang bina booth kaca menghadap pantai

0 Comments

Itali sememangnya terkenal sebagai pusat pelancongan dunia dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini daripada penyebaran wabak covid-19.  

Berikutan itu, 1 design kiosk menggunakan konsep “plexiglass” (4.5 meter x 2.5 meter) bakal diperkenalkan sekaligus mengubah landskap di pesisiran pantai apabila pengunjung kembali ke pantai.

Lakaran awal untuk pembinaan kiosk itu sudah lengkap dibuat oleh Neon Group 2.

“Idea ini timbul bagi memastikan keselamatan dalam tempoh penularan wabak koronavuris ini dan dalam masa sama mengembalikan aktiviti di sekitar pantai.

“Minggu lalu kami membayangkan untuk kembali ke pantai dan seterusnya tercetus idea ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Nuova Neon 2, Claudio Ferrari seperti dilaporkan Dailymail.co.uk

Ferrari memberitahu, pihaknya juga menerima permintaan untuk memasang kiosk itu di kawasan pantai dan juga di meja makan restoran sebagai pelindung.

korang mungkin minat baca:
Tempat ni busuk… tapi orang nak pergi sebab cantik!
Penjara 5 bintang seperti tempat percutian

Leave a Reply

Your email address will not be published.