Ada yang minat sama macam Cik Gaya ke suka makan ikan bakar? Eh korang takyah g jauh, KL pun ada tempat best taw.
Ni antara tempat yang memang Cik Gaya rekemen dekat korang, dijamin puas hati dan tak menyesal makan kat sini!
1. Medan Ikan Bakar Bellamy
Gerai ini terletak di sebuah medan ikan bakar yang paling terkenal di KL. Ada banyak gerai yang boleh korang singgah.
Sotong boleh diperolehi dengan harga di antara RM8 hingga RM20 mengikut saiz manakala ikan pula pada harga RM10- RM30 bergantung kepada saiz dan jenis ikan yang dipilih.
Semestinya ikan bakar di sini turut mendapat pujian ramai. Ikannya segar dan tidak berbau hanyir langsung. Bila dibakar, harum aromanya. Memang akan terliur kalau korang terhidu!
2. Pak Lang Ikan Bakar
Restoran ini juga wajib termasuk dalam senarai restoran ikan bakar di KL yang sedap-sedap. Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran ini, aroma ikan bakar yang harum pasti akan membuatkan korang terpikat.
Restoran ini menyediakan masakan kampung, memang sesuai dinikmati untuk makanan tengah hari. Segala jenis ulam-ulaman, sayur-sayuran dan lauk-pauk boleh didapati di sini. Terbaik!
3. Restoran Sambal Hijau
Nama restoran ini sudah tidak asing lagi buat warga KL. Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, dan menu yang disediakan juga berbagai.
Ikan bakar merupakan salah satu menu yang laku keras di restoran ini. Ada berbagai jenis ikan yang boleh dipilih, cencaru merupakan antara yang wajib anda cuba di samping lauk-pauk lain.
4. Kak Ton D Cafe
Restoran Kak Ton D Cafe ini terkenal dengan menu nasi campurnya. Lauk-pauk yang disajikan berasaskan masakan kampung, memang kena dengan citarasa orang kita.
Melihat barisan ikan yang dibakar sudah cukup untuk menaikkan selera sesiapa sahaja. Itu baru melihatnya, bayangkan sendiri rasanya bagaimana. Dijamin padu!
5. Restoran Raso Omak Den
Restoran ini mudah menarik hati peminat bukan saja yang cenderung kepada ikan bakar malah kepada masakan Melayu yang menjadi ciri-ciri utama dalam masakan mereka seperti masak lemak cili api.
Harga dikenakan mengikut jenis lauk-pauk dan jumlah kuantiti yang diambil. Selain itu, Restoran Raso Omak Den menyediakan ruang yang luas dan selesa selain susunan perabot ala-ala kopitiam. Cukup santai!
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak