Percutian Musim Panas Bajet Tapi Ala VVIP Dekat Eropah

0 Comments

Buat korang yang teringin nak bercuti ala-ala VVIP dekat Eopah, sis nak share satu port best yang boleh korang try masa musim panas Eropah nanti.

Turkish Riviera, Turki bukan sahaja terkenal dengan tempatnya yang sangat estetik masa musim salji, tapi juga masa musim panas. Dengan bantuan local exert korang akan pergi hidden hidden gem yang jarang orang share dekat internet.

Yelah, sebab orang lokal je tahu pasal tempat dorang kan?

Masa dekat sini, korang bolehlah pilih The Bodrum Edition, pemenang anugerah Resort ke-4 Terbaik di Eropah dan Resort ke-24 Terbaik Di Dunia oleh Conde Nast Traveller’s Readers Choice Awards tahun lepas.

Memang VVIP suka datang sini sebab fasiliti dan servis yang dorang tawarkan sangat mencukupi sepanjang tinggal dekat sana. Paling best kedudukannya kebanyakannya menghadap Laut Aegean.

Fuh, bayangkan sambil manjakan diri dekat spa, dekat salun, dibuai angin pantai yang manjah manjah. Rare! 

Untuk tahun 2022 ni, ada beberapa acara menarik yang boleh pengunjung sertai, yang disediakan pihak hotel antaranya hiburan muzik, program berorientasikan kesejahteraan dan mewujudkan oasis terbaik untuk tetamu yang memang datang sini untuk berehat.

Tempahan dah boleh dibuka untuk penginapan bermula 20 April 2022 tau. Kadar harian semalam untuk satu bilik berbeza untuk April dan Mei iaitu masing-masing nilainya €300 dan €450. Termasuk dengan sarapan dan cukai, kecuali 4% cukai perkhidmatan.

Kalau korang rasa macam tak mampu je nak duduk sini, jangan risau, ada akses ke Beach Club disediakan cuma dengan sedikit bayaranlah.

Tapi dengan pakej baru yang dorang perkenalkan, lagi lama korang stay sana, lagi banyak korang boleh jimat. Sampai 20%!

Maklumat lanjut pasal The Bodrum Edition, boleh korang layari media sosial atau website dekat bawah:

Facebook: EDITIONhotels

Twitter: @EDITIONhotels

Instagram: @EDITIONhotels

www.editionhotels.com 

www.marriott.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published.