Info Tempat Menarik Selangor Kini Di Hujung Jari Dengan Aplikasi ‘Go Selangor’

0 Comments

Selangor memang banyak tempat menarik. Tak cukup sehari kalau korang nak lawat tempat makan, tempat pelancongan dan banyak lagi tempat-tempat menarik dekat Selangor.

Bagi memudahkan pelancong untuk teroka Selangor tanpa perlu gunakan khidmat ejen, aplikasi Go Selangor yang dibangunkan syarikat swasta, Tourplus Technology dengan kerjasama Tourism Selangor telah dilancarkan.

Dengan kos RM3 juta, pelancong dari seluruh dunia akan lebih mudah merancang perjalanan mereka ke Selangor kerana di dalam satu aplikasi, mereka boleh membuat tempahan hotel, tiket pengangkutan, homestay dan banyak lagi.

Kredit: Go Selangor via lowyat

Sama konsepnya seperti Agoda dan Traveloka, namun Go Selangor hanya memberikan fokus kepada produk pelancongan di Selangor yang kadang-kadang orang luar tak tahu pun kewujudannya.

Menarik kan? 

Jangan lupa cepat-cepat download bermula bulan dean dan teroka Selngor dengan Go Selangor okey? 

Banyak lagi tempat menarik dekat Selangor yang korang boleh teroka. Jangan lupa follow Raja Cuti untuk tahu tempat cuti menarik yang happening!

Kredit gambar utama: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.