Tempat Pelancongan Terbaru Yang Viral Dekat Selangor

0 Comments

Sekarang ni kan dah boleh berjalan-jalan. Jalan raya confirm jem dengan kereta yang ada tujuan yang sama. Nak releasekan stress lepas dah bekerja. Kalau korang perasan, spot viral yang best-best biasanya jadi tumpuan.

Hari ni sis nak share tempat pelancongan viral yang boleh korang lawat kalau korang memang into viral spots.

1. D Virtual Park, Evo Mall Bangi

Kat sini korang boleh experience permainan revolusioner yang lengkap dengan teater hologram. Terasa memang canggih la teknologi dia sebab dekat sini korang akan tengok macam mana perisian dan alatan animasi canggih yang ada dekat Malaysia.

Ada pakej yang boleh korang sesuaikan dengan bajet korang.

2. Splatter Art Factory, Subang Jaya

Bosan asyik date pergi makan je. Lepas tu mulalak complain macam mana nak diet kan? Haa, ubah angin sikitlah datang Spaltter Art Factory dekat Subang Jaya ni sebab dengan harga pakej yang disediakan korang boleh bawa hasil seni korang tadi pulang ke rumah. 

Tapi comot sikitlah sebab teknik percik cat, percik warna dengan letupan belon antara teknik yang boleh korang guna dekat sini.

3. Riverine Splash, Pulau Carey

Kredit: Tourism Selangor

Nak pergi lepak pulau tapi macam malas nak keluar Selangor, korang google jelah Pulau Carey dan try staycation dekat Riverine Splash sebab resort ni ad ataman tema yang bertemakan suku kaum. Lain kan konsep dorang?

Dengan harga serendah RM38 untuk kanak-kanak dan RM58 untuk orang dewasa, mainlah korang sampai puas dekat dalam tu.

4. Stars Archery, Petaling Jaya

Kredit: The Star

Kalau nak lepak chill chill dekat PJ, maybe korang boleh try untuk belajar atau main memanah dekat sini. Ramai yang datang sini memang terhibur sebab nak try macam mana rasanya memanah tu. 

5. Saville Wonderland, Semenyih

Lagi fun kalau korang datang sini dengan family sebab sini adalah ladang agro yang juga di dalamnya ada Mini Santuari Kancil/Pelancuk. Boleh buat aktiviti memancing ikan air tawar, petting zoo, ATV ride, Taman Ulaman & Herba sambil-sambil tenangkan diri jauh dari kebisingan bandar.

Dalam lima spots viral ni, ada ke yang korang pernah pergi? Untuk kali ni sis share dulu spot yang boleh korang buat aktiviti. Nanti sharing lain sis share tempat makan pula okey? Walaupun nak diet, makan is life! Jangan lupa layari laman web www.selangor.travel untuk tahu maklumat pasal tempat menarik yang ada dekat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.