Kafe Viral Selangor Yang Wajib Korang Terjah OOTD

0 Comments

Hujung minggu memang biasanya wajiblah ada edisi terjah terjah tempat makan yang menarik dan sedap kan? Yang pastinya pastilah ada antaranya yang jadi spot viral dekat media sosial.

Kalau hari tu sis share tempat yang menarik untuk korang buat aktiviti di Selangor, kali ni sis nak share pulak tempat menarik untuk kita buat exercise mulut. ;p

1. Ruma Pokok, Sepang

Kalau korang tak minat kafe yang bising suasananya, korang boleh datang ke Rumah Pokok sebab dekat sini memang mengetengahkan elemen tenang iaitu kafe, karya dan alam. Bolehlah menghargai seni sambil menjalankan exercise mulut tu kan.

Spot untuk OOTD memang on point sangat. Kalau dating bawa mak ke sini, memang sekejap sekejap dia akan bangun tengok pokok yang ada. Penuh bonet kereta!

2. Nafas Cube & Nanas Montel Cafe, Subang

Ke tepi ke tepi. Beri laluan. Cafe ni untuk yang montel montel macam sis je. Eh bukanlah. Semua pun boleh datang tanpa diskriminasi. 

Memang soorga bagi peminat nanas sebab dekat sini korang akan rasa aiskrim nanas dan jus nanas tersedap dalam hidup. Ada juga popia nanas dan karipap nanas tau.

Kredit: Tourism Selangor

Korang juga boleh menginap dekat Nafas Cube yang sediakan penginapan jenis culvert dengan konsep glamping. Sebuah culvert boleh korang sewa dengan harga semalaman serendah RM120 dan RM150 je.

Kredit: Tourism Selangor

3. 20 Laman Cafe, Bangi

20 Laman Cafe memang tempat sesuai kalau korang craving nak makan makanan orang nisimlan. Lemak Cili Padi Ikan Salai dengan Daging Salai dekat sini wajib korang try. Fuh, padu memikat!

Selain daripada tu ada juga Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin yang boleh korang cuba tanpa perlu ke Melaka dan Pahang.

Selamat berhave fun korang! Jangan lupa kalau up gambar nanti dekat media sosial, tag-lah sekali kitaorang tau!

Sekarang ni kalau nak tahu tempat menarik dekat Selangor dah tak susah. Pergi je www.selangor.travel untuk dapatkan info terkini. Mudah, semuanya di hujung jari!

Leave a Reply

Your email address will not be published.