Cara Tebus Langganan PandaPro Percuma 2 Bulan Dekat foodpanda

0 Comments

Korang suka kan kalau sis share benda-benda promo ni? Yelah, sekarang ni semua benda dah naik, jadi asal ada promo. Kenalah grab.

Macam tawaran pan-tastic dari foodpanda ni, korang boleh dapatkan langganan pandapro percuma selama 2 bulan. Dah lah dah dapat free tu,dapat lagi rebate RM50 yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam wallet baucar korang.

Caranya mudah je.

  1. Klik pada tiga garis melintang di sebelah alamat korang dalam aplikasi foodpanda.
  2. Kemudian, klik pada “Langganan” untuk memilih pelan pilihan korang.
  3. Seterusnya, bayar jumlah yang ditetapkan bagi pelan yang dipilih dan teruskan dengan memilih tambah kaedah pembayaran.
  4. Selepas pembayaran telah berjaya, korang akan menerima langganan selama 2 bulan dan baucar RM50 di dalam “Baucar” korang dalam tempoh beberapa hari. 
  5. Akhir sekali, korang hanya perlu menggunakan rebat untuk pembaharuan pelan korang dan gunakan RM50 untuk pesanan makanan dan barangan runcit. 

Tunggu apa lagi? Jom pesan sekarang!

Lepas 2 bulan, korang boleh langgan pandapro dengan harga serendah RM4.90, RM6.90 dan RM8.90 je. Nak tahu lanjut pasal promosi lain foodpanda, boleh terus ke https://www.foodpanda.my/contents/subscription-terms

Leave a Reply

Your email address will not be published.