Port Menarik Anak-Anak Lepak Cuti Sekolah Di Selangor – Edisi ‘Nature’

0 Comments

Bila nak masuk cuti sekolah, mak ayah mesti dah rancang aktiviti anak-anak supaya mereka tak bosan duduk rumah dengan menghadap gajet je. Atau bergaduh sesame adik-beradik sebab masing-masing suka mengusik. Haa, pening mak ayah.

Maybe untuk next cuti sekolah, mak ayah boleh bawa anak-anak datang tengok nature pula. Yang ni yang ada dekat Selangor. Ramai rupanya yang masih tak tahu tentang kewujudan tempat ni.

1. G2G Animal Farm @ MAEPS, Serdang

Kredit: Tourism Selangor

Dekat sini, anak-anak boleh datang mendekati alam semula jadi dan haiwan dengan beri makan dan belai haiwan. Ada Rumah Kucing, Kandang Burung, Rumah Terapi Haiwan, Taman Arnab, Rumah Reptilia, Rumah Merpati dan banyak lagi.

Dengan harga tiket serenda RM20 untuk kanak-kanak dan warga emas, serta RM25 untuk dewasa, mak ayah boleh rancang perjalanan awal sebab animal farm ini dibuka seawal pagi.

2. Riverine Survival, Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

Kredit: Tourism Selangor

Sekarang ni kalau cakap tempat menarik untuk lawat dekat Selangor, Pulau Carey memang akan selalu jadi rekomendasi. Dekat sini anak-anak boleh belajar survival skill dekat kawasan yang dibina di tengah guguran pokok beringin.

Sambil survive, mak ayah boleh ambil angin dan mencuci mata melihat yang hijau-hijau tanpa halangan. Ada flying fox juga!

3. HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

Selalu tengok ladang buah lain, tapi korang pernah tak tengok depan-depan mata macam mana buah naga ni hidup? Haa bolehlah rasai pengalaman tu dekat sini. HL Dragon Fruit Eco Farm bukan sekadar lawatan ladang, tapi ada juga restoran yang menyajikan menu-menu dari buah naga.

Menarik kan?

Untuk edisi nature, ini 3 tempat paling menarik kalau nak bawa anak-anak bersantai tanpa buat aktiviti lasak. Nanti dalam sharing lain, sis akan share pula apa aktiviti yang best boleh buat dengan anak-anak dekat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.