Bawa Ayah Korang Pergi Tempat Ni, Confirm Tidur Pun Senyum

0 Comments

Tak lama lagi hari bapa. Korang dah ada plan ke nak bawa ayah korang ke mana? Kalau tak ada, sis nak cadangkan beberapa tempat dekat Selangor yang confirm akan buatkan ayah korang senyum sampai telinga.

Macam dialog popular, tidur pun ada sinyumm.

1. Memancing dan Makan ‘Seafood’ di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang

Buat yang tak tahu, ini memang spot femes untuk penggemar seafood. Bapak-bapak yang suka memancing, kalau datang sini mungkin tak nak balik sebab banyak pakej memancing yang dorang tawarkan antaranya laut dalam, memancing sambil memukat dan rumah rakit.

Korang juga boleh bermalam dalam rumah rakit tau. Santai je lepak lepak ambil udara segar.

2. Golf di Amverton Cove Golf, Pulau Carey

Padang golf ni pernah menang anugerah, jadi apa kata sesekali bawa ayah korang datang sini. Main olf 18 lubang dekat kawasan yang dikelilingi pantai, kolam, tasik, hutan bakau dan daun-daun yang hidup subur.

3. Memanah di Stars Archery, Sunway Pyramid

Kalau ayah korang ada sebut nak try memanah, tapi tak pandai. Sinilah destinasi yang tepat sebab ada tenaga pengajar yang boleh ajar korang beraktivi memanah dengan selamat dan selesa.

4. Berlumba di Morac Go Kart Track, 1 Utama, Petaling Jaya

Hanya berlokasi 20 minit je dari bandar dan 1Utama Shopping Centre, korang boleh ajak ayah korang berlumba dalam padang 420 meter. Jadi tak perlu teragak-agak, kita race betul-betul. Kalah kena belanja makan!

5. House of Kambing, MAEPS Serdang

Lunch jangan lupa singgah sini. Nice gila dorang punya kambing. Cukup rempah, cukup lembut, cukup segalanya. Paling kena try menu Nasi Kukus Kambing Bakar. Fuh, meleleh beb baca menu!

6. National Automobile Museum, Sepang International Circuit, Sepang

Dalam muzium ni korang boleh belajar tentang sejarah pembangunan pengangkutan Malaysia. Terletak di Litar Antarabangsa Sepang, korang boleh tengok koleksi kereta dan motosikal syarikat automobile macam MotoGP, DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS, PERODUA dan banyak lagi.

7. Nafas Cube, MAEPS Serdang

Last sekali janganlah lupa staycation yang gunakan idea berkonseokan kontena ni. Memang tengah hot sekarang ni. Pelancongan ala agro dekat Nafas Cube ini juga ada sediakan konsep glamping atau cuti dengan pemandangan tasik yang indah. Larilah dari kebiasaan staycation dalam bangunan kan?

Nak tahu lagi tempat menarik dekat Selangor, korang boleh je terus ke link Raja Cuti. Memang banyak sangat pilihan.

Atau terus je ke www.selangor.travel.

Leave a Reply

Your email address will not be published.