Aktiviti Menarik Yang Boleh Korang Buat Selain Daripada Pergi Mall & Zoo Dekat Selangor

0 Comments

Hujung minggu sekarang ni jarang dah orang lepak dekat rumah. Rata-rata memang akan buat plan untuk keluar. Terutamanya bila dah gaji. Lagilah masyuk untuk berjimba.

Btw, korang tahu tak yang sebenarnya dekat Selangor ni banyak gila tempat boleh korang beraktiviti selain daripada pergi mall dengan zoo? Jom tengok tempat yang sis nak share ni.

1. Wet World Water Park, Shah Alam

Kredit: Tourism Selangor

Kalau tanya taman tema air mana yang berbaloi, sis akan bagitahu ini antara salah satunya. Majlis berkumpulan, karnival, parti, hari keluarga, perkelahan sekolah, acara korporat dan aktiviti pengumpulan dana semuanya sesuai untuk taman itu.

Antara tarikan yang ada ialah The Pirate Challenge, Kiddy Typhoon, Lagoon, Pirate Cove, Segitiga Bermuda dan Treasure Island.

2. RollerWa, 1 Utama, Petaling Jaya

Kredit: Tourism Selangor

RollerWa ialah sukan luncur roda dan gelanggang tertutup pertama di Malaysia.

 Dengan harga serendah RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi sesi 2 jam, korang akan dapat sewa gelanggang luncur, kasut skate dan peralatan keselamatan. Nak sewa 1 hari pun boleh, lebih murah tau. 

Tak reti? Jangan risau, ada je tenaga pengajar yang boleh menunjukkan korang jalan yang benar dan luruss.

Dekat sini pun banyak spot yang Instagrammable untuk korang ambil gambar dengan kawan-kawan dan keluarga untuk kenangan.

3. FlowRider, 1 Utama, Petaling Jaya

Kredit: Tourism Selangor

Pernah terfikir tak korang boleh main sukan papan hybrid tanpa perlu pergi laut? Dekat 1Utama, korang boleh experience sukan ni dengan kemudahan simulator. Dekat sini belajar teknik meluncur, papan salji, papan salji, papan selaju, wakeboarding dan teknik skiboarding.

Jangan risau air fmemang ‘free-flow’ dengan kelajuan 32 km/j. Jadi buatlah aksi yang korang nak. Kalau dah pro, boleh join contest FlowRiding macam FLOW Tour dan bertanding dengan rider-rider lain.

4. Jump Street Asia, Petaling Jaya

Kredit: Tourism Selangor

Datang sini, memang korang akan melompat tak berkesudahan atas trampoline yang disediakan. Hampir 100 trampolin disambungkan ke dalam gelanggang besar termasuk gelung bola keranjang yang unik, unik, gelanggang bola mengelak trampolin, lubang buih untuk korang lompat ke dalamnya dan beg udara gergasi untuk korang mendarat dengan selamat.

Dah penat tu boleh lepak Jump Café sebelum sambung balik beraktiviti.

5. Cove Aerobar @ Discovery Park, Gamuda Cove, Dengkil

Kredit: Tourism Selangor

FYI, Aerobar ni ialah Aerobar pertama di Asia Tenggara. Tak payah nak travel sampai oversea, korang boleh plan trip ke sini dan tengok view sunset yang menawan dari jarak 40 meter di udara! Ini baru sikit tau. Kalau korang nak tahu tempat menarik untuk beraktiviti atau makan, boleh je klik RajaCuti. Kalau korang pun ada port best nak share dengan followers Raja Cuti, jangan lupa roger-roger je kitaorang dekat sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.