It’s Time For Our River, Usaha Sama Etika & UKM Lestarikan Sungai

0 Comments

Sungai memainkan peranan penting dalam sistem alam yang mana di dalamnya dah termasuklah kehidupan.

Malangnya, manusia ni jarang nak menghargai apa yang ada. Lagi-lagi benda free. Bila hilang barulah dikesali. Masa tu menangis air mata darah sekali pun dah tak ada guna.

Cakna dengan isu sungai, etika sebagai salah satu pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia telah perkenalkan kempen It’s Time for Our River demi mengukuhkan komitmen etika ke arah kelestarian Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram, sejak kebelakangan ni kualiti air sungai merosot disebabkan perbuatan individu yang tak bertanggungjawab sampai mencetuskan kebimbangan.

Setiap dari kita ada tanggungjawabtapi tak semua orang tahu macam mana nak menjaganya. Jadi dengan kempen ni, masyarakat dididik dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk pemuliharaan biodiversity dan penyelesaian berasaskan alam sekitar.

Jadi demi impian bawa impian masa depan yang hijau untuk dinikmati oleh generasi akan datang, sama-samalah kita jaga kelestarian sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.