5 Port Glamping Hulu Langat Yang Underrated Buat Layan Jiwa

0 Comments

Bila sebut Selangor, memang dalam kepala dah terbayang destinasi-destinasi berkonsepkan eko dan alam semula jadi yang sangat memukau mata. Tapi ramai je yang masih tak tahu Selangor ni kaya dengan port camping dan glamping.

Kalau hari tu sis ada share pasal port glamping dekat Hulu Selangor, kali ni kita pergi dekat kawasan Hulu Langat pula. Jom tengok ada tak antara port ni korang pernah datang?

1. River & Glamp, Batu Caves

Kredit: Instagram @riverandglamp

Nak glamping, kena pandai cari tempat. Paling puas hati kalau korang dapat dekat kawasan tepi sungai macam River & Glamp ni. Dari Gombak dalam 45 minit je. Kalau korang memang area Batu Caves, perjalanan ke sini cuma ambil masa 15 minit.

Datang sini tak payah risau soal makan, sebab pakej yang korang ambil memang complete terus dengan sarapan, makan tengah hari dan malam. Semuanya dorang serve dalam suasana glamping.

Nikmat habis.

2. Skycamp by Rimba Segara, Hulu Langat

Kredit: Instagram @hasifhamsyari

Skycamp ni tarikan baru dekat Hulu Langat. Sepanjang jalan ada gerai makan dan buah-buahan menarik untuk korang beli & try. Yang nak bawa makanan sendiri pun tak ada masalah sebab kemudahan macam peti sejuk dan peralatan dah siap dorang sediakan. 

Dengan suasana hutan, sungai dan air terjun boleh bantu korang rawat jiwa yang maybe serabut dengan kerja lepas 5 hari bekerja non- stop. Pencinta alam memang akan enjoy gila dekat sini.

3. The Hid3out, Batu Caves

Kredit: Instagram @ashikin_hassan

Sungai Tua kan memang femes dalam kalangan orang Selangor & KL. Haa dekat sinilah juga terletaknya The Hid3out untuk korang rasa camping yang sebenarnya. Kelengkapan nak glamping pun dah disediakan. Siap boleh plan nak BBQ lagi. Datang bawa makanan & diri je.

4. Alpine Camp, Hulu Langat

Kredit: Instagram @ahmadsyauqqil

Berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, glamping di Alpine Camp akan buatkan korang amazed bahawa dalam bandar masih lag ada kawasan macam ni. Nak solat atau buat aktiviti lain memang selesa dengan kemudahan yang dorang sediakan. 

Parents yang ada anak-anak baru nak membesar boleh bawa dorang explore sini. Kawasan sungai pun selamat untuk anak-anak main dengan pengawasan mak ayah dari tepi.

5. Camp Out, Sunway Lagoon

Kredit: Instagram @sunwaylagoon

Jangan tak percaya, Camp Out ni sebenarnya di Sunway Lagoon. Dengan konsep glamping dalam taman tema, ini adalah version yang lebih baik daripada camping biasa sebab lengkap dengan makan malam BBQ, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur dekat tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon!

Nak tahu mana lagi port best dekat Selangor, korang boleh follow rapat sis dekat Raja Cuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.