3 Port Glamping Terbaik Dekat Hulu Selangor

0 Comments

Hirup udara segar dalam kawasan alam semula jadi yang terpelihara memang jadi idaman ramai orang kan? Lepas dah penat dengan kehidupan kerja dekat bandar, hujung minggu tu naklah lari daripada kesibukan di bandar.

Kalau korang minat glamping, jom sis nak share 3 port glamping yang best dekat kawasan Hulu Selangor yang boleh korang try. Dan rugi tau kalau minat glamping tapi tak pergi sini.

1. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

Kredit: Instagram @47shiqiow

Kawasan hutan hijau yang luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang ni akan sediakan pengalaman percutian yang perfect untuk korang. Kalau otw ke Rawang, jangan lupa singgah sebab Taman Eko Rimba Komanwel ni memang sebelah laluan utama.

Kredit: Instagram: @lubarcamp

Tak nak glamping, kalau sekadar nak piknik pun boleh. Paling best korang boleh pilih nak tapak yang macam mana. Cuma nak kena reserve sekurangnya 2 minggu awal. Boleh tengok availability dekat https://www.rterkpark.com/ 

2. Dusun Bonda, Batang Kali

Kredit: Instagram @afiqahjafree

Ramai tahu yang Batang Kali antara kawasan hotspot untuk aktiviti nature. Macam Dusun Bonda yang pada mulanya merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Kat sini ada tapak glamping dan camping dalam dusun buahan. Santai gila.

Kredit: Instagram @akenggdagang

Sambil-sambil tu ada juga air terjun dan kolam buatan untuk beraktiviti. Seronok kan bila datang dengan family atau kawan-kawan.

3. The Sticks, Kuala Kubu Bharu

Kredit: Instagram @thesticksguide

The Sticks ni merupakan resort eko yang terletak dalam kawasan hutan di KKB. Dibina atas tapak bekas lombong bijih timah yang mana tenaga elektrik dijana melalui tenaga suria dan punca air pula daripada aliran tempatan. Memang mesra alam. 

Kredit: Instagram @thesticksguide

Dalam unit penginapan yang dipanggil sebagai tendok; gabungan khemah & pondok. Selesa untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Selain daripada 3 ni, ada lagi ke port glamping dekat Hulu Selangor yang korang tahu? Share lah dekat Raja Cuti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.