Nak cerita apa yang menarik dekat Madrid memang tak cukup satu dua perenggan. Memang penuh dengan tenaga dan tarikan kebudayaan. Dekat Madridlah kita boleh tengok ‘selera’ Sepanyol yang sebenar.
Kalau Madrid ada dalam senarai korang untuk travel dalam masa terdekat ni dan korang pun memang plan nak bercuti secara ekslusif & mewah, korang boleh masukkan The Madrid Edition yang berada di top floor resort urban, Ian Schrager dalam list penginapan.
Memang terasa mewahnya bila orang dapat menginap di suites terbesar di bandar Madrid dengan teres eksklusif dan infinity pools! View sunset tak perlu cakap, memang worth the stay lah.
Sepanjang penginapan pula, korang boleh gunakan limousine mewah untuk bergerak dalam resort. Tak lupa juga treatment Edition Signature Massage yang turut termasuk dalam pakej yang boleh korang dapati dengan harga 15,000 Euro semalaman.
Nak tahu apa lagi yang menarik dalam The Madrid Edition ni, korang boleh terus je checkout website https://www.editionhotels.com/madrid/