4 Aktiviti Menarik Yang Boleh Korang Buat Dekat Siam Paragon

0 Comments

Sejak-sejak border Malaysia dah buka, dengar cerita penuh Thailand dengan orang kita. Semua pun nak buat trip ke Thailand. Lama sangat kempunan makanan Thailand kan sejak-sejak border ditutup dek kerana COVID-19.

Kaki shopping, kaki foodie, kaki segala yang ada semua ke Thailand. Nak nak pulak nilai mata wang Bhat sekarang ni boleh tahan murah ye dak?

Dalam banyak-banyak tempat, kalau korang ke Bangkok, jangan lupa singgah ke Siam Paragon. Orang Malaysia panggil Siam Paragon ni Pavillion Malaysia. Memang gah gila bangunan dia!

1. Shopping

Dah sah sah namanya mall, Siam Paragon memang lubuk untuk kaki shopping. Terutamanya kalau korang memang suka barangan berjenama sebab Siam Paragon memang terkenal sebagai ‘houses of international high-end fashion brands’!

Tahun 2022 mencatatkan satu lagi kejayaan Siam Paragon apabila berjaya memenangi anugerah ‘Best Luxury Shopping Mall’ di Luxury Lifestyle Awards, salah satu anugerah yang dipandang tinggi dalam ‘luxury industry’. 

2. Panggung Wayang

Nak rasa pengalaman tonton wayang 5 bintang, Paragon Cineplex adalah tempatnya. Fasiliti yang mewah dan selesa akan buatkan korang rasa setiap Bhat yang dilabur tu berbaloi dengan apa yang korang dapat. 

3. Makanan

Food is lyfee. Mana boleh masuk Siam Paragon tak makan kan? Nak habis pusing Siam Paragon tu pun sempat dua kali rasa lapar tau. 

Antara yang menarik boleh korang singgah ialah kedai Pad Thai Thipsamai yang memang dah berlegasi 100 tahun di Thailand. Pad Thai dia memang pelbagai variasi. Nak rasa makanan Indian, korang boleh singgah je Royal India. Dekat sini memang briyani ayam dia wajib try. Atau korang boleh ke Jeerapan Grill Chicken untuk pelbagai lagi ‘menu berdaging’ yang semestinya halal!

4. Akuarium

Bukan sekadar pengalaman berada di bawah air, akuarium Sealife Bangkok Ocean World di Siam Paragon ini adalah akuarium terbesar yang berada di kawasan Asia Tenggara. Ia juga rumah kepada ratusan spesis marin yang mana ada tawarkan kepada pengunjung elemen hiburan dan pendidikan dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Nak tahu apa yang menarik lagi dekat Siam Paragon, korang boleh terus je ke website https://www.siamparagon.co.th/ untuk dapatkan maklumat lanjut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.