5 Tempat Lepak Waktu Malam Dekat KL Yang Boleh Korang Teroka

0 Comments

“Kuala Lumpur, kota yang sentiasa hidup.” 

Korang pernah dengar tak frasa ni? Ya, KL adalah salah satu bandar yang sentiasa hidup. Kalau tengah stress malam-malam, banyak tempat menarik yang boleh korang teroka sebenarnya. 

Jom sis nak share 5 tempat atau aktiviti yang boleh korang try out. Terutamanya masa weekend memang happening gila!

1. Dataran Merdeka 

Pergi Dataran Merdeka ni, korang boleh saja je plan nak berpiknik atau melepak. Lagi pula malam memang ramai orang melepak. Dekat sini pun korang boleh sewa skuter atau sewa permainan belon. 

Jangan lupa bawa tikar ya. So sambil tengok gelagat orang, korang boleh la korang baring nikmati keindahan langit KL. 

2. River of Life

Bila dah ke Dataran Merdeka, jangan lupa singgah ke River of Life yang memang sangat cantik masa waktu malam. Korang pasti rasa teruja dengan warna Blue Pool di sana ditambah lagi dengan adanya kesan kabus-kabus dari lubang berhampiran sungai.

Cantik sangat. Terasa macam dekat luar negara! Kalau korang sewa skuter, haa memang nicelah nak pusing sini. Daripada berjalan, alah penatnya. Hihi.

3. KL Hop On Hop Off

Kadang-kadang malam pun jem! So kalau korang malas nak drive tapi nak layan angin malam, bolehhlah try naik bas KL Hop On Hop Off dengan bayaran RM35. Tiket korang boleh beli DEKAT SINI atau pun app Klook untuk diskaun berbaloi.

 Btw, KL Hop On Hop Off ni pun ada day tour juga. 

4. Bukit Bintang

1 pagi pun, Bukit Bintang masih meriah dengan orang. Kalau korang tengok TikTok, banyak benda boleh buat terutamanya food hunting. Sepanjang jalan dari Plaza Sungei Wang bawa ke McD Bukit Bintang, korang kena try food hunting makanan Arab dia. 

Dalam banyak-banyak port shawarma, paling sis suka shawarma kambing dekat Reto Shawarma, sebelah Sport Direct. Memang tak pernah mengecewakan!

5. Saloma Bridge

Dulu kan team RC pernah share pasal Saloma Bridge yang berkonsepkan sirih junjung. Terasa dekat dengan adat Melayu, Saloma Bridge memang cantik dengan lampu-lampunya. Dalam bulan kemerdekaan ni, korang boleh expect adanya bendera Malaysia dihasilkan menggunakan lampu dekat sini.

Jangan lupa bawa tripod untuk rakam time-lapse tau. Memang worth untuk feed Instagram!

Leave a Reply

Your email address will not be published.