All Out Di Pesta Fun Fair Terbesar Malaysia Dengan Harga Token Serendah RM2

0 Comments

Hujung minggu, gaji dah masuk. Mana ek tempat best nak lepak have fun all out dengan kawan-kawan?

Haa, jom sis nak share tempat best yang korang boleh jerit sekuat yang korang nak tanpa ada orang marah pun. 

Berlokasi di Bukit Jalil, korang boleh datang dan have fun all out dekat pesta fun fair terbesar di Malaysia bersama besties tersayang. Ada 20 rides disediakan, termasuklah Sky Rider, Mega Coaster, bumper cars, game booth, rumah hantu, ferris wheel dan macam-macam lagilah.

Parents yang ada anak kecil, boleh ‘penatkan’ dorang dengan macam-macam aktiviti dekat sini. Balik tu memang pengsanlah sebab bateri kids pun dah kong lepas main macam-macam dekat sini.

Yang santai, yang adventure, yang thrill. Semua ada dalam fun fair ni. Memang best night untuk korang enjoy dengan aktiviti menarik bermula 7 petang sampailah ke 12 tengah malam. 

Harga tiket masuk untuk dewasa: RM6, kanak-kanak: RM4 dan bawah 2 tahun adalah PERCUMA. Korang juga boleh beli token dengan harga RM2 sekeping dan biasanya setiap ride akan perlukan bayaran dalam 4-6 token.

Boleh siap-siap gemukkan wallet okeh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.