‘The Jade Room + Garden Terrace’ Tarikan Terbaharu Di The Tokyo EDITION

0 Comments

Terletak di Tokyo dengan jarak cuma 500 meter dari Shochu Information Center, The Tokyo EDITION merupakan salah satu lokasi penginapan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara apabila mengunjungi Tokyo.

Bermula Oktober 2022, ada satu lagi tarikan terbaharu di The Tokyo EDITION yang korang boleh nikmati selepas Cef Tom Aikens, bintang Michelin dan pemenang anugerah mengumumkan pembukaan The Jade Room + Garden Terrace di sana.

Terletak di tingkat 31, The Jade Room + Garden Terrace merupakan signature restaurant yang menawarkan menu-menu inovatif iaitu menu kontemporari Jepun dan menu dipengaruhi elemen Barat untuk dinikmati tanpa batasan. 

Menariknya di sini, korang boleh menikmati hidangan dengan latar belakang Menara Tokyo yang menakjubkan sambil-sambil menikmati keindahan langit bandar Tokyo.

Nak tahu apa lagi yang menarik yang ditawarkan di The Tokyo EDITION, korang boleh terus ke website The Tokto Toranomon EDITION okey?

Leave a Reply

Your email address will not be published.