Lebih Setengah Juta Bunga Hiasi Royal Floria Diraja Putrajaya 2022

0 Comments

Festival bunga Putrajaya kembali!

Bermula 29 Ogos sehingga 4 September ini, pameran spesis bunga dan tumbuhan hiasan yang paling dinantikan kembali menemui peminat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya dengan menampilkan lebih 400,000 juta pokok bunga termasuk lebih 10,000 orkid dan bonsai.

Menariknya pameran edisi ke-12 kali ini, adanya 25 taman dengan kepelbagaian tema antaranya Keluarga Malaysia, Taman Instagram, Dinding Orkids, Terowong Oncidium, Menara Jam, Taman Glow in the Dark, Bonsai, Taman Jepun dan banyak lagi!

Bukan sekadar tu, ada juga Taman Koboi, Mergastua, Zon Riang Kanak-Kanak, Petting Zoo, Istana Pelampung, ATV, e-scooter dan zipline untuk dinikmati seisi keluarga. 

Paling best kalau datang malam sebab kawasan ini akan dilimpahi dengan cahaya pelbagai warna.

Maklumat lanjut tentang festival ni boleh terus ke website Floria Diraja Putrajaya 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published.