Lebih Banyak Jenama Terkenal Masuk Ke Toppen Shopping Centre

0 Comments

Menjadi salah satu lokasi hab komuniti yang popular di Johor, Toppen Shopping Centre sangat teruja dengan penyertaan pelbagai jenama baharu yang akan menyertai mereka di sana.

Dengan keluasan 1.2 juta kaki persegi GLA, Toppen Shopping Centre menempatkan lebih 300 penyewa dengan kadar sewaan 92% yang dimonopoli oleh penyewa utama seperti IKEA Tebrau, TGV Cinemas, Harvey Norman dan Sports Direct.

Antara tarikan utamanya adalah pelancaran gedung barangan sukan Decathlon. Dengan objektif untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang di kawasan Tebrau, di Toppen juga akan beradanya Lulu Grocer, Nitori, Hoops Station dan macam-macam lagi.

Ada juga ruangan yang boleh disewa mengikut jam atau hari dengan kadar RM10 sejam dengan tempahan minimum 2 jam tanpa bayaran deposit. Ruangan yang dikenali sebagai Soulmates ini membolehkan perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan baru untuk berada dalam persekitaran mall. 

Maklumat lanjut tentang Toppen Shopping Centre boleh layari https://toppen.my/!

Leave a Reply

Your email address will not be published.