Alunan NADA SERULING Menyemarakkan Patriotisme

0 Comments

“Nada Seruling” merupakan sebuah lagu yang direka khas oleh Shri Perambalam Arumugam, juga dikenali sebagai Uncle Perul bagi memperingati ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-65 dan Hari Malaysia yang ke-59. Uncle Perul berkata, beliau pada awalnya agak kurang meminati lagu bergenre rap, malah tidak terdetik untuk menyelitkan elemen rap di dalam lagunya.

Namun demikian, anaknya, Lishani (Violin) & Brentha (Sitar) telah mencadangkan kepadanya untuk memasukkan sedikit elemen rap buat lagu “NADA SERULING”. Hasilnya, melodi dan susunan alunan lagu kedengaran lebih unik!

Elemen muzik daripada bangsa Melayu, Cina dan India telah disatukan di dalam lagu tersebut, membuatkan ia lebih istimewa bahkan dapat menanam semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri.

SHRI PERAMBALAM ARUMUGAM

Siapa yang tidak mengenali Shri Perambalam, merupakan seorang ahli seruling yang professional dan mula bermain seruling pada seawal usia 8 tahun dengan sekumpulan band Bernama HONEY BAND.

Digelar “UNCLE PERUL” dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, beliau juga bukan sahaja handal bermain seruling, malah mahir dalam bermain pelbagai alat muzik seperti Nadaswaram dan trumpet. 

Selama 60 tahun berjasa di dalam industri muzik, lebih 120 buah lagu telah di karang olehnya. Dahsyat! Katanya juga, biarlah “Nada Seruling” menjadi lambang buatnya untuk membalas jasa pada Negara tercinta, Malaysia.

Jom sama-sama kita dengarkan dendangan “Nada Seruling” oleh Shri Perambalam Arumugam di sini https://youtu.be/jkiKr1e49ro.

Leave a Reply

Your email address will not be published.