Selepas 36 Tahun, HABIB Semua House Umum Pelabuhan Tirai

0 Comments

Selepas 36 tahun bersama deretan penghuni lain di dalam Pusat Membeli Belah Semua House, bilik pameran HABIB Semua House mengumumkan pelabuhan tirainya.

Menjadi bilik pameran pertama dalam menyusun langkah dan melakarkan kejayaan sehingga berkembang ke hari ini, bilik pameran HABIB Semua House membawa seribu satu cerita di sebalik kilauan berlian dan permata yang dipamerkan. 

Nama ‘Semua House’ yang membawa makna rumah kepada segalanya betul-betul menggambarkan segala yang ada dijual di sana bermula daripada barangan pengantin sehinggalah ke barangan kemas.

Sebelum melabuhkan tirai buat selamanya, HABIB mengalukan kehadiran para pelanggan dengan tangan terbuka sehingga 30 September ini kerana selepas ini tiada lagi suasana riuh rendah pengunjung yang datang selepas bersiar dia Jalan TAR.

Namun, penutupannya bukanlah satu penamat tetapi permulaan kepada yang baru kerana ada lebih 30 bilik pameran yang boleh pengunjung datang selepas ini di seluruh negara termasuklah di Jalan Bunus yang jaraknya cuma 1km dari Semua House.

Maklumat lanjut boleh terus ke website https://www.habibjewels.com/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.