Jom Nikmati Ayam Berkualiti Bertaraf Dunia di “Tyson Kaki Crunch Fest” Sunway Pyramid!

0 Comments

Jenama Tyson sudah mendarat di Malaysia gais! Menampilkan kualiti bertaraf dunia yang 100% Halal, produk ayam “frozen” yang dimasak sepenuhnya, malah cepat dan mudah untuk disediakan dan dinikmati bersama keluarga kini telah berada dipasaran tau! Fuh, mavelesssss.

Berpengalaman lebih 80 tahun dalam bidang industri makanan, sudah tiba masanya Jenama Tyson melebarkan sayap dengan memperkenalkan hidangan lazat dan snek yang sesuai dijadikan masakan harian di rumah dan boleh dinikmati bila-bila masa yang kita suka. Paling syiok sekali, pelbagai jenis produk ayam “frozen” yang telah ditawarkan dan korang boleh goreng dalam air fryer je. Hm, memang berkeroncong perut sis sambil menaip ni dibuatnya.

BBQ Roasted Chicken Drumstick, Grilled Tender Chicken, Buffalo Chicken Wing, Classic Fried Chicken, Chicken Karaage, Crispy Chicken Strips, Chicken Nuggets

Hari ini juga telah berlangsungnya acara sidang media Tyson dimana menampilkan penampilan eksklusif oleh Chef Selebriti Anis Nabilah, juga dihadiri barisan selebriti Malaysia iaitu Harith Iskander, Zahirah Macwilson dan Azira Shafinaz. Cayalahh, meriah habis event ni.

Sebelum tu, tak tahu nak buat apa weekend nanti korang boleh lah ke “Tyson Kaki Crunch Fest” di Orange Concourse, Sunway Pyramid dari 15hb sehingga 18hb September 2022 ni. Banyak aktiviti menarik yang korang boleh join, siap dapat jumpa artis-artis popular lagi. Lepastu boleh lah berglamer dengan hashtag #TysonKakiCrunch okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published.