Kafe Seram Dengan Konsep Pontianak Untuk Yang Kuat Semangat Je

0 Comments

Korang tahu tak kat Malaysia ni korang boleh rasai pengalaman makan sambil sambil rasa seram?

Dekat Taman Danau Kota, ada satu kafe dengan tema pontianak yang boleh korang cuba. Yang berani dan kuat semangat bolehlah datang sini. Yang tak kuat semangat, pi carik kedai makan lain.

Sebab Paku & Pontianak bukan setakat hidangkan menu-menu menarik untuk korang cuba tapi juga dekorasi dalam yang suram dan hitam, tergantungnya fabrik putih, lilin dan banyak lagi.

Kena pula makan time malam, meremang ui! Kalau ada geng paranormal, bolehlah open table cerita mistik.

Maklumat lanjut tentang kafe ni, korang boleh terus ke IG @pakudanpontianak

Jom weekend ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published.