Yang pernah naik bas ke Pantai Timur mesti tahu kan macam mana perasaan menanti nak sampai ke destinasi tu. Pisyang juga duduk dalam bas lebih 6 jam, nak pulak kalau musim perayaan. Boleh makan berbelas jam atas jalan!
Kalau nak jimat, bas adalah opsyen paling utamalah berbanding dengan flight dan bergerak naik kenderaan sendiri.
Tapi lepas tengok sharing video di TikTok Azmi, terus rasa semangat nak travel naik bas. Sebab Azmi share pengalaman dia naik bas paling mewah di Malaysia yang mana siap terus dengan function kerusi urut!
Fuh memang sedaplah nak tidur sambal kena urut tu kan? Kerusi dia pun sangat selesa dan luas, berbeza dengan kerusi bas biasa.
Ada juga LED infotainment yang boleh korang layan sepanjang perjalanan untuk menghilangkan bosan berada dalam bas. Terasa macam atas flight.
Nak tengok mana lagi lokasi boleh korang try bas mewah ni atau terus nak book untuk travel korang boleh terus ke SINI.
Video: TikTok Azmi | Digital Marketing